MANDELA(2021)-SATU UNDI PENENTU SEGALANYA

5
(1)

 

MANDELA

Nampaknya tahun 2021 adalah tahun gemilang untuk yogi babu. Dia bukan sekadar seorang pelawak.

Yogi babu membuktikan dia seorang bintang versatile dalam filem MANDELA dan KARNAN.

MANDELA sebuah filem Tamil cukup rencah , permulaan cerita buat penonton berdekah ketawa.

Sedang enak diulit ketawa,tiba-tiba hati diusik dengan layanan kejam dan penuh sinis penduduk kampung terhadap seorang tukang gunting dan pembantunya. Layanan yang penuh penghinaan,tapi diterima dengan redha oleh sang tukang gunting. Yogi Babu membawa watak si tukang gunting malang dengan amat cemerlang!!

Satu undi mengubah hidup si tukang gunting sepenuhnya.

Konflik, kekejaman, sebuah penceritaan menarik tentang pergelutan politik, dan sosio budaya masyarakat kampung.

Filem satira politik yang bukan sahaja bercerita tentang satu undi malahan menggali lebih dalam konflik dan drama yang dialami oleh rakyat bawahan yang sering dinafikan hak mereka. Satu gandingan sempurna antara elemen komedi dan drama yang meruntun jiwa.

Awas spoiler :

MANDELA berkisar tentang seorang tukang gunting (Yogi Babu) dari kasta rendah yang sering disisih dan dihina penduduk kampung. Namun tukang gunting ini hanya menerima dan tidak pernah merintih.

Tukang gunting yang dibenci ini akhirnya mendapat perhatian setiap genap pelusuk kampung apabila akhirnya dia menjadi pengundi berdaftar dan hanya undinya satu-satu yang bakal menjadi penentu kemenangan dua parti lawan dalam pilihan raya.

Bahagia! Lupa diri! Megah! Semuanya bersatu dalam diri tukang gunting yang dahulunya amat rendah hati.

Sebuah filem yang menginsafkan dan amat berbaloi untuk ditonton.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI