SERAM PSIKO “MISERY (1990)”

5
(3)

Seorang JURURAWAT PSIKOPAT yang telah membunuh ramai orang termasuklah bapanya sendiri, jirannya, rakan kolejnya, kekasihnya, pesakitnya dan 11 bayi! MENAKUTKAN KAN?!

Sesiapa yang meminati karya-karya dari Stephen King’s dan filem arahan Rob Reiner pasti ingat babak ini kan?? Babak ini yang paling traumatik bagi akak dalam Filem “MISERY (1990)” ini! Bagi peminat filem genre Thriller Suspens Psychology, SERIOUSLY RECOMMEND ANDA LAYAN FILEM INI! NO REGRETS! SUPER CLASSIC THRILLER PSYCHO!

SPOILER ALERT!
Ringan saja tangan si Annie hayun tukul itu ke kaki kiri Paul SEHINGGA LAYU LEMBIK KAKI PAUL! Selepas itu Annie pergi ke sebelah kanan pula hayun sekali lagi!

MISERY (1990)
Filem ini dibintangi oleh James Caan, Kathy Bates, Lauren Bacall, Richard Farnsworth dan Frances Sternhagen mengisahkan tentang seorang peminat psikotik yang obsess, Annie Wilkes dengan penulis novel kegemarannya Paul Sheldon, kemudian dia mengurung penulis itu dan memaksanya untuk menulis semula novel baru yang berjudul MISERY’S RETURN. Ini kerana dalam novel itu sebelumnya, Paul telah mematikan watak Misery dan ini telah membangkitkan kemarahan Annie.

Klimaks filem ini bermula Paul Sheldon mengalami kemalangan kereta ketika dalam perjalanan dari Silver Creek, Colorado ke New York City. Memburukkan lagi keadaan, kereta Paul terperangkap dalam ribut salji yang tebal dan dia pengsan tidak sedarkan diri. Tak lama kemudian muncul seorang wanita bernama Annie Wilkes bertindak sebagai heroin datang untuk menyelamatkan hero idaman dia. Tanpa segan silu, Annie membawa Paul kembali ke rumahnya untuk dirawat.

Rupanya Annie adalah peminat fanatik Paul dan sentiasa mengikuti perkembangan Paul dalam karya-karya yang dihasilkannya. Setelah itu bermulalah segala bagai drama psiko antara Annie dan Paul kerana keengganan Paul untuk menuruti kehendak Annie mengubah dan menulis semula karya Misery itu sehinggalah ke penghujung cerita babak-babak yang mencemaskan yang pasti akan membuatkan kita tidak senang duduk ketika menonton filem ini!

Seramnya ada peminat PSIKOPAT macam Annie ini! Menambahkan lagi klimaks filem ini apabila Paul mendapat tahu yang Annie ini adalah jururawat psikopat yang telah membunuh ramai orang termasuklah bapanya sendiri, jirannya, rakan kolejnya, kekasihnya, dan yang paling mengejutkan Annie juga telah membunuh beberapa pesakit di tempat kerjanya sebelum ini dan 11 bayi juga meninggal dunia dalam keadaan misteri ketika dalam jagaannya. Namun Annie terlepas dari hukuman kerana kekurangan bukti.

Bagaimanalah agaknya nasib Paul di akhir cerita ini? Mampukah dia melepaskan diri dari cengkaman Annie yang mental itu dalam keadaan kecederaan parah yang dialaminya?

Filem ini anda boleh tonton secara streaming di HBO Max, Hulu, Amazon Prime, Apple TV. Lain dari ini anda boleh cuba goggle untuk mencari lebih maklumat mengenai filem ini. Semestinya WAJIB untuk tontonan bagi semua peminat genre ini.

Mari kita berhibur dulu dengan trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI