Perjanjian Syaitan dan Khurafat 2011

5
(1)

Johan, yang baru berkahwin dengan Aishah mendapati mereka mula diganggu pada waktu malam dan mereka tidak tahu siapa dan apa salah mereka telah buat.

Kemudian, Johan yang sedang bertugas di hospital dilawati ex-gf, Anna. Anna tidak dapat dan tidak sanggup melihat Johan meninggalkannya dan berbahagia dengan orang lain. Kenapa Johan tinggalkan Anna? Kerana Anna sering bergaul dengan laki lain, clubbing, dan tidak berubah setiap kali Johan memujuk dia.

 

Anna tidak putus asa dan pergi cari Johan dirumahnya untuk mendapatkan Johan balik.

Selepas menghalau Anna balik, Anna dengan hati yang terlukanya memilih untuk menamatkan riwayatnya sendiri. Johan kemudian diamanahkan untuk menguruskan mayat Anna dan dihantar balik.

Di sini rahsia Johan diimbas kembali. Pada mulanya Anna tidak suka langsung dengan Johan, tapi Anna dijampi Johan dengan ilmu hitam. Syarat ilmu hitam tersebut ialah Johan tidak meninggalkan Anna seumur hidupnya dan roh seorang perempuan yang telah meninggal dijadikan bahan untuk ilmu hitam itu.

Akhir sekali, Johan menerima balasan dia. Johan meninggal semasa menghantar mayat Anna balik.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI