FINCH (2021) – PERSIAPAN SEBUAH KEMATIAN

4.3
(6)

FINCH filem sains fiksyen dari Hollywood lakonan satu-satunya lagenda perfileman Tom Hanks. Filem pasca apokaliptik ini menonjolkan kekuatan watak yang dibawa oleh Tom Hanks.

Bencana berlaku di bumi, segala hidupan hampir pupus dan sukar untuk meneruskan hidup. Sinar matahari yang terlalu panas telah merosakkan lapisan ozon menyebabkan hidupan di bumi terpaksa menghadapi kesan radiasi yang sangat teruk.

Tom Hanks membawa watak sebagai Finch, seorang jurutera yang tinggal berseorangan ditemani oleh anjingnya yang bernama Goodyear dan robot kecil ciptaannya yang diberi nama Dewey.

Dalam tempoh waktunya yang semakin singkat, Finch telah mencipta satu robot lain. Robot yang lebih besar,bersaiz seperti manusia dan boleh bercakap serta mampu beradaptasi dengan suasana sekeliling.

Seterusnya jalan penceritaan berkembang apabila Finch serta ‘teman-temannya’ perlu melarikan diri dan mencari tempat yang lebih selamat kerana kawasan perlindungannya kini akan dilanda ribut taufan.

Persembahan Tom Hanks macam biasalah tidak akan pernah mengecewakan. Walaupun majoriti babak dalam filem ini hanya Tom Hanks seorang sahaja pelakon watak manusia yang ditonjolkan, aktor ini berjaya membawa penonton hanyut sama dalam perasaan cemas, sedih, survival ,kesunyian dan keterpaksaan.

Sesekali penonton disapa rasa cemas dan gusar apabila Finch kelihatan batuk darah dan seolah-olah sangat tidak berdaya. Finch melatih robot barunya dengan bersungguh-sungguh dalam sisa waktu yang berbaki. Anehnya robot baru tersebut seolah-olah mula mempunyai naluri dan emosi. Hubungan Finch dengan Goodyear, Dewey,dan robot barunya itu mampu membuat penonton menitiskan air mata.

Satu aspek yang perlu diberi pujian dalam filem ini selain lakonan Tom Hanks adalah Sinematografi yang sangat-sangat memukau. Jo Willems Sinematografer hebat yang telah menghasilkan The Hunger Games : Mockingjay part 2 dan Red Sparrow telah berjaya memberi Sinematografi cantik untuk Finch.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI