ALL THE MONEY IN THE WORLD (2017)

5
(4)

“All The Money In The World” adalah definisi terbaik dalam contoh Haji Bakhil dalam dunia sebenar kita. Filem ini adalah filem berdasarkan kisah benar yang terjadi dalam hidup Jean Paul Getty. Jean Paul Getty adalah seorang taikun minyak yang paling kaya di dalam dunia pada tahun 60-an

Pada tahun 1973, cucu Jean Paul Getty iaitu John Paul Getty III telah diculik di Rom. Penculik tersebut meminta keluar John Paul Getty III membayar wang tebusan sebanyak $17 juta. Ibu John Paul Getty III, Gail Harris meminta bantuan bekas bapa mertuanya Jean Paul Getty. Tetapi dari membantu untuk melepaskan cucunya dari penculik tersebut dia hanya memghantar seorang menghantar seorang bekas perisik CIA Fletcher Chase lakonan Mark Whalberg untuk berunding dengan penculik cucunya untuk tidak membayar wang tebusan cucunya itu.

Berita penculikkan cucu taikun minyak ini tersebar dengan meluas. Sehingga Gail menjadi risau tentang nasib anaknya yang telah diculik. Anda bertanya dimana bapa John Paul Getty III? Setelah berkerja dengan bapanya dan mendapat duit yang banyak dia telah menjadi manusia yang tidak berguna. Dia menjadi seorang kaki pemabuk dan sering mengambil dadah. Dia juga telah menetap di negara lain dan telah mengahwini wanita baru yang mempunyai masalah yang sama.

Semasa Jean Paul Getty ditemu bual oleh wartawan. Dia telah mengeluarkan kenyataan bahawa $17 juta adalah harga yang terlalu banyak untuk dibayar untuk seorang budak lelaki yang sangat muda, dan dia juga menyatakan dia mempunyai 14 orang cucu yang lain jika dia mula membayar wang tebusan tersebut dia terpaksa membayar $17 juta lagi untuk setiap cucu mungkin lebih dari itu. Dia membahas lagi tiada banyak benda dalam hidup yang berbaloi dibayar dengan harga penuh. Dan ketika wartawan bertanya lagi berapakah harga yang sanggup di bayar untuk melepaskan cucu sulungnya itu Jean menjawab “NOTHING”. Gail yang menonton temu ramah tersebut berasa sangat sedih kerana dia satu-satunya orang paling risau dalam kes penculikan tersebut.

Apakah nasib yang bakal menimpa John Paul Getty III? Dapatkah Gail Harris berjumpa dengan anaknya kembali? Mahukah Jean Paul Getty memberikan wang tebusan tersebut? Saksikan “ALL THE MONEY IN THE WORLD” di netflix

Trailer

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI