KISAH SERAM MISTIK FILIPINA (FENG SHUI – 2004)

4.5
(6)

FENG SHUI (2014), mengisahkan tentang sebuah Cermin Bagua yang dimiliki oleh roh seorang wanita dari China yang mati kerana terbakar. Dan sesiapa sahaja yang memiliki Cermin Bagua ini akan mendapat keberuntungan dan tuah yang melimpah-ruah namun ia juga mendatangkan malapetaka kepada sesiapa sahaja terpandang cermin tersebut.

Filem dimulakan dengan sebuah keluarga yang terdiri daripada Joy, si Ibu; Inton, si ayah; Ingrid dan Denton dua adik beradik. Mereka baru berpindah di sebuah taman perumahan di kejiranan baru setelah Joy menghadapi konflik dengan mak mertuanya.

Suatu hari, Joy membawa balik sebuah Cermin Barua yang dia temukan di dalam sebuah bas dan menggantungkan ia di hadapan pintu masuk rumahnya. Sejak itu, kehidupan mereka sekeluarga mula dihujani dengan pelbagai kejutan dan keberuntungan yang membawa kemewahan dalam keluarga mereka. Suami Joy dinaikkan pangkat dan mendapat projek yang besar manakala Joy pula berjaya mendapatkan jualan bernilai berjuta-juta untuk syarikatnya.

Kemudian, dia mendapati bahawa Cermin Barua itulah yang membawa tuah kepada keluarganya. Sehinggalah suatu hari, Joy mendapat tahu yang suaminya telah berlaku curang terhadapnya dan beberapa kematian misteri yang melibatkan Cermin Barua tersebut. Joy menjadi penasaran dan mula mencari maklumat tentang latar belakang kewujudan Cermin Bagua itu dengan bantuan dua orang sahabat baiknya, Thelma yang merupakan seorang penilik nasib dan Alice rakan sekerjanya.

Mereka telah pergi berjumpa dengan seorang dukun cina yang memahami asal usul Cermin Barua tersebut dan disitulah mereka mengetahui sejarah kewujudan Cermin Bagua itu dan hubung kait cermin tersebut dengan beberapa kematian misteri sebelum itu. Joy juga mendapat tahu yang roh dalam cermin itu tidak akan mencederakan tuannya selagi ia menjaga dan menerima kesemua keberuntungan yang diterima, namun untuk mendapatkan keberuntungan itu, ramai nyawa yang akan menjadi korban termasuklah orang-orang yang dikasihi Joy!

Adakah Joy akan mempertahankan kemewahan yang dia terima dan sanggup membiarkan orang disekelilingnya terkorban? Atau Joy akan mencari jalan untuk mematahkan sihir dan sumpahan cermin berhantu itu?? Kerana bukan mudah untuk sesiapa menyingkirkan kutukan dari cermin itu memandangkan ia didiami oleh roh yang pendendam dan jahat.

Untuk menjiwai watak yang dibawakan oleh para pelakonnya dan mendalami suasana yang lebih suram dan “creepy” seolah-olah kita pun turut sama berada di dalam situasi Joy, min sarankan anda tonton filem ini dalam keadaan yang sunyi dan besarkan pembesar suara TV atau telefon anda. Pasti anda turut beremosi dan menikmati jalan cerita filem ini.

Jujur, ini kali pertama min tonton filem bergenre seram dari negara Filipina dan tak sangka mereka memiliki kualiti cerita dan lakonan yang sangat bagus untuk filem bergenre seram mistik seperti ini. Jadi, pastikan anda tonton filem ini ya! Berbaloi sangat!

Min bagi 8/10 ⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐⭐!

BERITA BAIK!!

Filem yang dibintangi oleh Kris Aquino ini kini anda boleh tonton secara percuma di saluran Youtube. Taip sahaja tajuknya pasti jumpa!

Trailernya pun sudah cukup menyeramkan!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI