The Advent Calendar – SPOILER ALERT

5
(2)

Title: The Advent Calendar

Release Date: December 2021

Genre: Mystery/ Thriller

The Advent Calendar adalah sebuah filem yang berasal dari Perancis. Filem ini mengisahkan Eva seorang bekas penari balet yang telah mengalami lumpuh separuh badan selepas mengalami kemalangan. Kehidupannya seratus peratus telah bertukar, dia hanya boleh duduk di kerusi roda. Walaupun begitu, eva tetap usaha tidak mahu menyusahkan siapa-siapa. Dia hidup bersendirian berasama anjing peliharaanya.

Rakan baik Eva, Sophie yang baru sahaja pulang dari German telah membelikan Eva hadiah merupakan sebuah kotak Advent Calendar iaitu sebuah kotak yang yang mempunyai 24 pintu. Disebalik setiap pintu tersebut, terdapat coklat. Kotak tersebut juga dipercayai dapat menunaikan hajat siapa yang makan coklat tersebut. Dibelakang kotak tersebut juga mempunyai amaran yang tertulis “Jika buang, saya akan bunuh anda”

Pertama kali selepas Eva makan coklat tesebut dia tidak merasakan apa-apa keanehan yang berlaku. Keesokan hari Sophie mengajak Eva pergi ke sebuah bar. Sophie mengenalkan Eva dengan seorang lelaki. Semasa dalam perjalanan pulang Eva telah dicabul oleh lelaki itu. Dirumah sebuah coklat berbentuk kereta telah keluar dari salah satu pintu kotak tersebut.

Eva yang telah ditinggalkan ditepi jalan seorang diri setelah menolak permintaan lelaki tersebut. Semasa di dalam kereta, lelaki tersebut terkejut tidak semena-mena cermin kertanya retak dan keretanya telah berpusing-pusing. tiba-tiba kereta lelaki tersebut hancur. Di rumah Eva, Anjing peliharaan Eva telah mengunyah sehingga hancur coklat yang berbentuk kereta tersebut.

Keesokan hari ketika Eva di taman untuk mengambil angin dia telah mendapat panggilan dari Sophie bahawa lelaki yang dia kenalkan kepada Eva itu telah mengalami kemalangan. Eva ternampak seorang lelaki di taman itu dan tertarik kepada lelaki itu. Malam itu, kotak tersebut telah mengeluarkan coklat berbentuk hati. Pada pagi hari semasa Eva sedang minnum dia sekali lagi melihat lelaki yang disukainya itu. Dia telah memasukkan coklat berbentuk hati tu ke dalam minuman lelaki tersebut. Selepas minum lelaki tersebut terus datang ke arah Eva. Seleps itu mereka berdua terus menjai rapat.

Dirumah Eva, Eva memberitahu kepada lelaki tersebut bahawa kotak tersebut dapat menunaikan setiap hajatnya. Tetapi lelaki tersebut tidak percaya. Pada malam itu keluar coklat lagi dari pintu kotak tersebut, Eva makan dan seluruh badannya menggigil. Setelah sedar keesoakan hari Eva telah berada di hospital. Rupa-rupanya Eva telah pengsan dihadapan rumah lelaki tersebut. Selepas makan coklat itu Eva teah berjalan sehingga kerumah lelaki tersebut tanpa sedar.

Semasa Eva bertemu dengan Ayahnya yang menghidap penyakit Alzheimer. Dia juga sudah lama tidak mengingati anaknya Eva, Eva telah memberikan ayahnya coklat dan dia terus ingat siapa Eva yang sebenarnya. Walaubagaimanpun, bapanya memberitahu bahawa setiap apa hajat Eva, akan ada ada kesannya, mereka akan mngorbankan orang-orang yang ada disekeliling Eva dan orang yang Eva sayang.

Kerana keinginan Eva untuk hidup normal kembali dan kembali berjalan seperti biasa dia tidak menghiraukan amaran ayahnya. Dia tetap makan coklat-coklat yang keluar dari kotak tersebut.

Keeseokan hari, semasa lelaki yang Eva suka itu datang kerumah untuk memulangkan kunci rumah Eva, tiba-tiba pintu rumah Eva terbuka walaupun Eva tiada di rumah. Lelaki tersebut masuk dan mengambil kotak tersebut. dia buang kotak tersebut ke dalam sungai. ketika itu sesuatu telah

keluar. Makhluk itu adalah syaitan penunggu kotak tersebut. Syaitan tersebut telah membunuh lelaki tersebut.

Malam itu Eva telah mendapat coklat yang berbentuk anjing dan sebilah pisau. Eva tidak mahu membunuh ajning kesayangannya tetapi dia telah ternampak makhluk yang mengerikan itu yang ingin membunuhnya. Mahu atau tidak Eva terpaksa membunuh anjing kesayangannya.

Sophie yang datang kerumah Eva telah terkejut dan meminta tolong teman lelakinya datang untuk menguruskan anjing tersebut. Pada malam itu semasa Eva sedang tidur, Sophie telah mencuri coklat dari kotak tersebut. Dia menipu Eva bahawa hanya ada gula-gula getah sahaja. Eva mengunyah tetapi tiada apa yang berlaku.

Sophie telah membawa Eva kesebuah rumah percutian di sebuah hutan. Malam itu, sophie menggunakan coklat yang dicurinya apabila mahu bersama dengan teman lelakinya tetapi malangnya Sophie dan teman lelakinya telah menjadi mangsa Syaitan kotak itu. Eva juga hampir dibunuh. Tetapi cepat-cepat Eva makan coklat yang keluar dari kotak tersebut. Kemudian dia dapat berjalan. Dia keluar dari situ.

Apakah akan terjadi kepada Eva? dapatkah Eva melepaskan semula sumpahan itu darinya? Dapatkah Eva berjalan semula seperti biasa?

Trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI