5 MOVIE THRILLER TERBAIK TAHUN 2021

5
(3)

5. I CARE A LOT

Release Date: February 2021

Marla adalah seorang pekerja sebuah badan kebajikan di mana warga emas yang sudah pencen dan mempunyai penyakit dan tiada waris akan di letakkan dalam pengawasan mereka. bukan itu sahaja harta mereka juga akan di uruskan oleh badan ini. Tetapi Marla telah menyalah gunakan kuasanya, dia telah berkerjasama bersama seorang doktor untuk melakukan penipuan bukan sahaja harta warga emas ini diuruskan oleh Marla, Marla juga mengambil harta mereka. Setelah penipuan demi penipuan yang telah Marla lakukan, hidupnya telah menjadi huru – hara setelah menipu seorang warga emas yang tidak diketahui latar belakangnya. dia telah diburu oleh sebuah anggota mafia.

4. ESCAPE ROOM 2: TOURNAMENT OF CHAMPION.

Release Date: July 2021

mengisahkan 6 juara Escape room sebelum ini telah bertemu di dalam satu coach keretapi tanpa pengetahuan satu sama lain sehinggalah mereka telah mengalami kemalangan. Disitula mereka mengetahui mereka telah dikumpulkan dn terpaksa bermain semula untuk menyelamatkan nyawa mereka yang dalam bahaya. Pelbagai taktik mereka gunakan untuk melepaskan diri.

3. THE LITTLE THINGS

Release Date: January 2021

Seorang bekas detektif telah dipanggil semula untuk bekerja bersama seorang detektif muda bagi menyelesaikan sebuah kes pembunuhan bersiri yang sedang berlaku. Mereka melihat kes pembunuhan ini sama seperti kes pembunuhan bersiri pada tahun 1990 yang tidak pernah dapat diselesaikan. Semasa mereka berdua menyiasat beberapa wanita telah menjadi mangsa pembunuh bersiri tersebut. FBI memberi mereka masa seminggu untuk menyelesaikan ini jika tidak mereka akan mengambil alih kes tersebut dan siastan mereka akan terganggu.

2. MIDNIGHT

Release Date: June 2021

Seorang wanita bisu telah menjadi saksi utama bagi kes penculikan dan pembunuhan bersiri. dia telah melihat dan membantu wanita yang hampir dibunuh oleh pembunuh bersiri psiko tersebut. Malang baginya dia telah dikejar dan diserang oleh pembunuh bersiri tersebut. Demi melindungi ibunya dan menyelamatkan nyawanya dia terpaksa berkorban.

1. DON’T BREATH 2

Release Date: August 2021

mengisahkan seorang lelaki buta mencari anaknya yang berumur 8 tahun telah diculik oleh seorang pemandu mabuk. walaupun lelaki itu buta, kemahirannya ketika berkhidmat didalam tentera tidak luput dia membunuh dan menyerang orang yang cuba menghalangnya. Disebalik penculikkan tersebut terdapat kebenaran yang pahit untuk ditelan oleh anaknya.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI