FILEM SERAM MISTERI INDONESIA (RATU ILMU HITAM- 2019)

4.3
(3)

Semalam sis sempat tonton filem RATU ILMU HITAM versi 2019 ini untuk kali keduanya dan ia masih memberi sis cetusan emosi yang sama seperti ketika pertama kalinya. Masih BRUTAL DAN MENGERIKAN!

Setiap babak-babak yang menampilkan kekejaman perbuatan dari kesan ilmu hitam dalam filem ini cukup realistik! Sis ikut rasa ngilu sehingga dapat membayangkan lipan-lipan keluar dari tangan sis, lubang-lubang kawah terbentuk dan muncul di belakang badan sis! MEREMANG BULU ROMA!! Plot penceritaan nya pun cukup menarik bagi sis dan aksi-aksi ngerinya juga boleh tahan DAHSYAT! Filem ini boleh dianggap salah satu filem Seram Thriller bertema Ilmu Hitam yang memberikan impak besar selain dari Perempuan Tanah Jahanam dan Pengabdi Setan.

Difahamkan ketika filem ini dibuat, ramai peminat karya Joko Anwar dan Kimo Stamboel rasa penasaran samada filem ini adalah prekuel atau sekuel? Joko Anwar menegaskan bahawa ia bukanlah sekuel dan prekuel dari versi Suzzanna yang ditayangkan pada tahun 1981, tetapi ia adalah remake dari 1981. Namun, filem ini telah diubah dan diperbaiki mengikut peredaran zaman dan citarasa generasi kini.

Kisah dalam filem sadis ini mengfokuskan kepada bekas anak-anak panti asuhan/ anak yatim piatu yang terdiri daripada Hanif (Ario Bayu), Anton (Tanta Ginting) dan Jefri (Miller Khan) yang pernah membesar di sebuah rumah anak yatim yang terletak di sebuah kawasan terpencil dan jauh dari kota yang dimiliki oleh Pak Bandi (Yayu Unru). Kini mereka semua telah dewasa dan masing-masing mempunyai kehidupan dan keluarga sendiri.

Suatu hari, mereka bertiga mendapat khabar berita yang Pak Bandi sedang nazak, sakit misteri sehingga tidak dapat bangun dari tempat tidurnya. Kerana merasa berhutang budi dengan Pak Bandi, mereka bertiga bersepakat untuk melawat dan kembali ke rumah anak yatim tersebut bersama isteri dan anak-anak mereka.

Setiba disana, suasana yang harmoni dan tenang tiba-tiba berubah menjadi tragedi yang cukup mengerikan! Rumah yang disangka akan memberi nostalgia zaman kanak-kanak mereka kini menjadi RUMAH NERAKA! Satu persatu dari mereka mula sakit dengan misterinya! Cetusan emosi sis bertukar menjadi roller coaster kerana diserang dengan aksi-aksi ngeri, ngilu dan seramnya!

Apakah sebenarnya yang berlaku saat mereka semua kembali ke panti asuhan tersebut? Adakah ia telah dirancang dari awal oleh penghuni tetap di situ atau Pak Bandi sendiri? Dan mengapa keluarga Hanif, Anton dan Jefri yang menjadi sasaran si “Ratu Ilmu Hitam”? Siapakah pula geranganya si Ratu Ilmu ini??

Jika anda peminat filem seram klasik Indonesia, maka filem ini selayaknya menjadi tontonan yang wajib bagi anda semua. Sis bagi 8/10⭐⭐⭐⭐

BERITA BAIK! ANDA SEMUA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA DI SALURAN YOUTUBE. TAIP SAHAJA TAJUK PENUHNYA!

JOM SAKSIKAN TRAILERNYA DULU!

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI