5 K-DRAMA BERTEMAKAN DOKTOR WAJIB DITONTON

5
(2)

Anda peminat K-drama yang bertemakan Doktor dan Hospital? Jika ya, min ingin cadangkan beberapa drama yang WAJIB menjadi tontonan di masa lapang anda! Dan semua ini anda boleh tonton di aplikasi VIU!

1.Descendants of The Sun (2016) – 16 episod

Kisah tentang misi menyelamat, misi kemanusiaan, konflik serta digarap bersama kisah cinta dan perjuangan para tentera dan doktor di URK yang dilakonkan oleh Song Joong-ki sebagai Kapten Yoo Si-jin, Song Hye-kyo sebagai Doktor Kang Mo-yeonJin Goo sebagai Sarjan Major Seo Dae-young dan Kim Ji-won sebagai Doktor Tentera Yoon Myeong-ju. Drama ini juga telah menang dalam Baeksang Arts Awards 2016 dalam kategori Grand Prize (TV), pelakon utamanya juga menang dalam kategori Most Popular Actor (TV) dan Most Popular Actress (TV). (8/10⭐⭐⭐⭐)

2.Doctor John (2019) – 16 episod

 

Doctor John merupakan drama yang diadaptasi dari novel Jepun On Hand of God atau “Kami no Te” oleh Yo Kusakabe. Mengisahkan tentang Cha Yo Han (lakonan Ji Sung) seorang professor anestesiologi. Namun memiliki ego yang tinggi walaupun dia seorang yang genius! Yang hebatnya, dia mempunyai kemampuan mendiagnosis dan mengetahui jenis penyakit para pesakitnya dalam masa 10 saat sahaja! Namun disebalik anugerah yang dimilikinya, dia juga pernah dituduh membunuh salah seorang pesakitnya yang ketika berada dibawah rawatannya. (9/10⭐⭐⭐⭐)

3.Doctor Stranger (2014) – 20 episod

Doktor Stranger mengfokuskan tentang kisah Park Hoon (lakonan Lee Jong-suk) yang mempunyai latarbelakang dan kisah yang kelam dimana ketika kecilnya, Park Hoon dan ayahnya telah diculik dan dibawa ke Korea Utara. Bermula disana, Park Hoon dilatih dan belajar menjadi doktor dibawah bimbingan ayahnya yang juga merupakan seorang doktor yang terkenal. Kepakaran yang dimiliki ayahnya telah berjaya membentuk Park Hoon menjadi seorang doktor yang genius yang tidak dimiliki oleh doktor-doktor lain di usianya. Sehinggalah suatu masa ayahnya meninggal dan kehidupan Park Hoon juga mula berubah(8/10⭐⭐⭐⭐)

4.Doctor Crush (2016) – 20 Episod

 

Doctor Crush yang dilakonkan oleh Park Shin-hye merupakan salah satu drama yang mempunyai rating paling tinggi pada tayangannya di tahun 2016. Ia mengisahkan tentang Hye-jung (lakonan Shin-hye) yang mempunyai perwatakan kasar dan seperti samseng namun mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang doktor yang berkhidmat untuk masyarakat. Ego dan sikap kasarnya itu mula berubah apabila dia mula mengenali salah seorang doktor yang bekerja di hospital yang sama, Hong Ji-hong yang juga merupakan mentornya. (9/10⭐⭐⭐⭐)

 

5.Doctor Romantic 1 & 2 (2016-2020) – 34 Episod

Doctor Romantic 1 & 2 menceritakan tentang Boo Yong Joo, seorang doktor pakar bedah yang sangat genius! Namun dia telah mengubah namanya kepada Kim Sa-bu setelah mengalami trauma akibat dari kemalangan. Dengan identiti barunya itu, dia bekerja di sebuah hospital kecil bernama Doldam yang terletak di daerah Gangwon.

 

Kerjayanya mula dikenali dan berkembang setelah dia berjaya membimbing dan mendidik beberapa doktor pelatih sehingga mereka menjadi doktor yang hebat dan perihatin terhadap nasib dan keadaan para pesakit mereka. Bagi mereka nyawa adalah keutamaan! Selain itu, drama ini juga menampilkan sisi gelap dan konflik yang berlaku di hospital tersebut.

Drama ini dilakonkan oleh Han Suk Kyu, Yoo Yeon Seok, Seo Hyun Jin, Jin Kyung, Lim Won Hee, Choi Jin Ho, Yang Se Jong, Jang Hyuk Jin, Byeon Woo Min dan Joo Hyun. (8.5/10⭐⭐⭐⭐)

 

Baca Juga Kompilasi Drama Korea Terbaik Sepanjang Zaman

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI