CINDERELLA (2021)

5
(2)

CINDERELLA (2021)

Genre : Horror, Mystery, Fantasy

Running Time : 113 Minutes

Starring : Raai Laxmi, Sakshi Agarwal

 

Apa? Cinderella hantu?

Yer betul…Selama ini kita sinonim yang Cinderella ini seorang gadis cantik yang kematian ayah, dibuli oleh Ibu Tiri & Adik Beradik Tiri sebelum bertemu dengan Putera Raja dan berkahwin..Happily ever after..

Berbeza dengan Cinderella versi Tamil ini yang mana pelakon utamanya Raai Laxmi membawa 2 watak dalam movie seram ini sebagai Thulasi & Akira..

Storyline :

Thulasi seorang gadis miskin yang menjadi orang gaji dirumah majikannya Sandra yang tinggal bersama anaknya Ramya..Kehidupan Thulasi tidak indah seperti yang Thulasi impikan kerana sering dilayan kasar dengan Sandra & Ramya..

Pada suatu hari Thulasi ternampak satu costume Cinderella yang cantik di kedai antik dan mula menyimpan duit untuk beli costume tersebut..

Akira seorang pereka musik yang selalu masuk ke hutan untuk merakam suara-suara haiwan yang ganjil untuk projek Hollywood beliau..Kedatangan Akira ke kampung Thulasi mengejutkan ramai penduduk kerana wajahnya saling tak tumpah seperti Thulasi..

Jadi apakah kaitan antara Thulasi & Akira?

Berlaku pembunuhan dikawasan yang Akira & kumpulannya pergi untuk merakam satu projek mereka..Akira ditangkap pihak polis dan dituduh sebagai suspek tetapi Akira mengaku tidak bersalah..Akira dibebaskan dan sejurus dibebaskan Akira terserempak dengan Sandra membuatkan Sandra terkejut melihatnya..

Pada suatu hari Akira keluar bersama kumpulannya dan melalui satu kedai antik yang mana Akira terpandang satu costume Cinderella yang cantik dan Akira membawa pulang costume tersebut..

Bermulalah kejadian dimana Akira mula mengalami gangguan mistik..Satu demi persatu perkara menyeramkan terjadi hinggalah membawa kepada kematian anak Sandra, Ramya dan Sandra menjadi target hantu Cinderella untuk dibunuh..

Kenapa mereka berdua menjadi target hantu Cinderella? Apakah yang sebenarnya telah berlaku kepada Thulasi & Akira??

Trailer : 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!