4 KDRAMA TERBAIK BERTEMAKAN PENULARAN VIRUS ZOMBIE

5
(2)

Siri Zombie Korea yang menjadi pilihan sis menurut susunan setakat ini:

  • 1. Kingdom
  • 2. All Of Us Are Dead
  • 3. Sweet Home
  • 4. Happiness

KINGDOM (2019-2020) & Ashin of The North (2021)

Berdasarkan siri webtoon The Kingdom of the Gods. Berlatarkan abad ke-16, pada zaman Joseon yang menggabungkan aksi-aksi thriller politik dan elemen seram. Fokus kepada anak raja yang menyiasat komplot terhadap pegawai-pegawai istana yang menyembunyikan Penyakit bapanya yang sebenarnya telah dijangkiti oleh sejenis parasit tumbuhan.

Ada 12 episod total dari musim 1 dan 2 (akan ada musim ke 3) dan 1 Special episod (Ashin of The North)

Rating sis 10/10 (Platform: Netflix)

 

 

 

2. All of Us Are Dead (2022) 12 Episod

Kisah ini tidak hanya mengfokuskan tentang virus dan Zombie sahaja, tetapi plot dia disusun dengan kemas dari segi penyampaian cerita dan karakter-karakternya.

Sedikit demi sedikit bagaimana virus ini mula tersebar; kenapa ia disebarkan; oleh siapa kepada siapa; kisah pengkhianatan serta persahabatan; politik sekolah; isu buli; sistem pendidikan yang korup; kasih sayang seorang bapa kepada anaknya. Dan akhirnya semestinya yang masih bertahan, perlu terus berjuang untuk hidup!

Rating sis 9/10 (Platform: Netflix)

 

3. Sweet Home (2020) 10 Episod

Kewujudan raksasa yang cuba untuk menghapuskan tamadun manusia. Semua penghuni di dalam apartmen terperangkap dan tidak dapat keluar ke mana-mana pun. Mereka menyedari bahawa raksasa yang menyebarkan virus sehingga menyebabkan manusia bertukar menjadi zombie sedang mengintai dan mencari mangsanya. Semua penghuni di apartmen tersebut melindungi diri mereka di dalam bangunan dengan harapan dapat bertahan selagi boleh.

Dikhabarkan tahun ini akan keluar musim ke-2.

Rating sis 9/10 (Platform: Netflix)

 

4. HAPPINESS (2021) 12 Episod

Jangan terpedaya dengan tajuknya yang seperti drama-drama romantik itu. Ia mengisahkan sebuah bandar besar semasa berlakunya pasca apokaliptik, terdapat satu bangunan pangsapuri yang baru dibina ketika bandar tersebut sedang diserang wabak penyakit yang mematikan (yang dijangkiti akan berubah menjadi seperti zombie dan kehausan darah!). Menariknya penjualan pangsapuri tersebut dibahagikan berdasarkan status sosial pembelinya. Tingkat paling tinggi dan tertutup dibuka untuk jualan kepada golongan yang kaya manakala tingkat bawah disewakan kepada golongan sederhana dan lebih mudah terdedah kepada serangan wabak penyakit tersebut.

Rating sis 8/10 (Platform: VIU)

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI