PUTHIYA NIYAMAM (2016)

5
(31)

PUTHIYA NIYAMAM sebuah filem jenayah thriller Bahasa Malayalam dari India yang pasti buat penonton terpaku di kaca siaran.

Lakonan hebat Nayanthara dan Mammootty sebagai suami isteri membuat penonton terpukau dan terikat di kerusi.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

PUTHIYA NIYAMAM yang menggegar jantung penonton pastinya!

Sepasang suami isteri hidup bahagia, mereka mempunyai Seorang anak perempuan yang sangat comel.

Pada suatu hari, kebahagiaan sang isteri diragut! Dunianya menjadi gelap gelita.

Si isteri dirogol oleh dua orang jirannya. Hancur berkecai jiwanya.

Bertapak longlai, bayangan suami dan anak silih berganti. Dia kemudiannya menjadi murung, cuba membunuh diri, tapi akhirnya sedar bahawa dia perlu membalasa dendam.

Dengan bantuan dari panggilan telefon Seorang wanita, Si isteri ini bangkit membalas perbuatan terkutuk yang menodai dirinya. Si pemanggil di telefon memberi cara membunuh dengan licik.

Balas dendam yang memakan nyawa manusia.
Seorang wanita yang lemah bangkit umpama singa membaham mangsa!

Twist mengejutkan di akhir cerita!
Mammoothy berjaya membawa watak sebagai suami yang amat penyanyang.

Wajib tonton

PUTHIYA NIYAMAM
8/10

Saksikan trailer

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 31

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI