THE HUSK 2011

3
(1)

HUSK (2011) – filem yang akan membuatkan anda Claustrophobia, mungkin juga ia akan singgah menjadi mimpi ngeri anda yang menyeramkan dan menakutkan! Ia adalah “ORANG-ORANG SAWAH YANG BERBAU BANGKAI YANG PENUH DENDAM DAN MEMBURU MANGSANYA TANPA HENTI!”

Sekumpulan pemuda-pemudi, Scott, Brian, Natalie, Chris dan Johnny yang sedang dalam perjalanan untuk berliburan telah mengalami kemalangan di tengah-tengah pinggiran ladang yang dipenuhi dengan tanaman pokok jagung.

Saat mereka sedar dari kemalangan itu, salah seorang kawan mereka Johnny telah hilang dan mereka pun memasuki kawasan ladang jagung tersebut untuk mencari kawan mereka itu.

Di situ mereka ternampak ORANG-ORANG SAWAH yang kelihatan sangat nyata, bukan itu sahaja..ia juga BERBAU BANGKAI!

Maka bermulalah satu persatu kejadian mengerikan yang menimpa mereka! Menambahkan kengerian lagi, saat mereka menemukan sebuah rumah usang di tengah-tengah ladang jagung itu..mereka akhirnya menjumpai kawan mereka Johnny yang hilang ketika kemalangan kereta tadi.

Tapi..itu bukan Johnny..melainkan hanya sekujur jasad yang seolah-olah telah dirasuk oleh roh jahat sambil menjahit penutup kepala ORANG-ORANG SAWAH dan jari jemarinya juga dipenuhi dengan paku² yang terpacak! Nampak sangat mengerikan!

Belum sempat mereka memeriksa keadaan sekeliling, tiba-tiba muncul satu kelibat yang bergerak dan menarik Natalie dengan begitu pantas! Nah!! Apakah itu?? HANTU? BINATANG? ROH GENTAYANGAN ATAU PSIKOPAT??

Tonton trailernya di

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 3 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI