DIINSPIRASI DARI KISAH BENAR DI INDIA (NH10 2015)

4.5
(2)

“Percutian romantik sepasang suami isteri bertukar menjadi satu tragedi hitam yang bakal meninggalkan titik noda hitam seumur hidup.”

Filem “NH10” ini diinspirasikan dari beberapa kes pembunuhan sebenar berprofil tinggi di India yang melibatkan sepasang suami isteri dibunuh dengan kejam hanya kerana mereka berkahwin bertentangan dengan tradisi kasta.

Dan NH10 telah digarap dengan begitu baik sekali (bagi sis lah), menjadi sebuah filem bergenre “THRILLER SUSPEN SLASHER” yang pasti mencengkam emosi kita.

NH10 merujuk kepada lebuh raya yang menghala dari Delhi ke sebuah kota mewah di Gurgaon dan kemudian lebih jauh ke kawasan terpencil Haryana yang mana penduduk setempatnya hidup tanpa peraturan dan undang-undang.

Di situlah, heroin filem ini Meera (lakonan hebat dari Anushka Sharma) menghabiskan sebahagian besar babak-babak daripada filem ini berjuang untuk hidupnya!

Kisah bermula di sebuah kota bernama Gurgaon apabila suatu malam, ketika Meera (lakonan Anushka Sharma) baru kembali dari berpesta; dia telah diekori dan diserang oleh beberapa pemuda yang tidak dikenali.

Akibat kejadian tersebut Meera jadi trauma dan untuk menghiburkan hati Meera, Arjun (lakonan Neil Bhoopalam) membawa Meera pergi bercuti di sebuah kawasan percutian gurun yang mewah dan indah. (berbunga-bunga hati Meera)

Namun satu kejadian yang tidak dijangka telah berlaku ketika mereka sedang berhenti di Jalan Raya Dhaba untuk makan, mereka ternampak seorang gadis dan lelaki diheret dan dibawa pergi oleh sekumpulan penjahat.

Arjun ni pula..alahai…degil Pak Abu betul!! Nak tunjuk hero punya pasal, dia pun pergilah masuk campur walaupun telah dihalang oleh Meera.

Tak lama kemudian, satu persatu kejadian tragis menimpa Meera dan Arjun sejak Arjun menjadi saksi mata pembunuhan brutal gadis dan lelaki yang diculik tadi.

Maka bermulalah babak-babak klimaks yang penuh debaran yang boleh membuatkan kita turut rasa kurang nafas (sebab banyak aksi lari sana sini, kena kejar sana sini) Memang mendebarkan sangat!!

SANGATLAH DISARANKAN UNTUK TONTONAN JIKA ANDA ADALAH PEMINAT ANUSHKA SHARMA DAN AKSI-AKSI THRILLER YANG PENUH DARAH DAN KERINGAT ?!

Perasan sis ketika menonton filem ini sama seperti ketika menonton filem dari Hollywood yang bertajuk “The Hills Have Eyes” atau “The Wrong Turn”!

Aksi-aksi yang cukup brutal! Tidak berkedip mata sis saat tiba babak kemuncak filem ini saat ia menampilkan aksi-aksi thriller dan amarah! Fuh! Memang mencengkam emosi!

Soundtrack dan muzik skor yang digunakan sepanjang filem ini juga telah menghidupkan pelbagai emosi yang suram dan tegang!

IMDb 7.2/10 / Peribadi 8.5/10

**Kurang sesuai ditonton bersama anak² sebab banyak aksi ganas dan kejam!**

Filem ini anda boleh tonton di YouTube secara percuma!

Saksikan Trailernya yang pasti membuatkan anda tidak sabar untuk menontonnya!

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI