HERA THE GODDESS OF REVENGE

5
(12)

HERA THE GODDESS OF REVENGE boleh ditonton di Viu Malaysia dengan sarikata Bahasa Malaysia. Drama bersiri yang membawa genre penyiasatan dan jenayah ini amat berbaloi ditonton kerana ia memang memberi mood suspens dan teka-teki dalam setiap episod. Drama bersiri Korea Selatan ini mengandungi 16 episod yang penuh dengan pembongkaran kes jenayah Masa silam dan Masa kini. Kesemua episod kini boleh ditonton di Viu,boleh ‘binge watching’ bila ada masa terluang!

Hera The Goddess of Revenge berkisar tentang kisah seorang wanita berkerjaya Kang Hae-ra (Kim Sa-rang) yang telah diperangkap oleh suaminya sendiri. Dia diperangkap dengan skandal hubungan seks jijik dan kecurangan bersama seorang wartawan junior yang jauh lebih muda darinya.

Kang Hae-ra merupakan seorang wartawan dan penulis yang sememangnya popular dan buku-buku tulisannya sedang laris dijual di kedai-kedai buku besar dan ternama.

Malang baginya apabila suaminya sendiri menjatuhkan reputasi dan imej dirinya selama ini. Setelah jatuh terduduk Kang Hae-ra mencari kekuatan dan dia muncul membalas dendam setiap kejahatan yang telah merosakkan kehidupannya.

Berikut merupakan senarai pelakon Hera The Goddess of Revenge dan watak-watak yang didokong oleh mereka :

  • Kim Sa-rang membawa watak sebagai Kang Hae-ra seorang bekas wartawan yang dianiaya oleh suaminya dan bangkit menjadi wanita kuat semangat untuk melangsaikan dendamnya.
  • Yoon Hyun-min sebagai Cha Min-joon,seorang peguam berjaya dan ditakuti lawannya yang datang menghulurkan bantuan kepada Kang Hae-ra,lelaki berperwatakan dingin ini menyimpan seribu rahsia dan helah tersembunyi.
  • Yoo-sun sebagai Kim Tae-on, merupakan pewaris kekayaan sebuah syarikat besar dan merupakan pesaing bagi ayahnya sendiri. Kim Tae-on juga adalah wanita yang tertangkap curang bersama suami Kang Hae-ra.
  • Park Eun-hye sebagai kakak Cha Min-joon iaitu Cha Mi-yeon,seorang wartawan yang telah lama menghilang dan kehidupannya adalah penuh misteri.
  • Jang Yoo-sang sebagai Choi Do-yoon,pembantu guaman dan merangkap sahabat kepada Cha Min-joon,dia juga ada rahsia silam yang menyedihkan dan menyebabkan dia bergabung dengan Cha Min-joon.
  • Yoon So-Yi sebagai Goo Eun-hye,yang merupakan seorang detektif persendirian akhirnya bersama-sama dengan Kang Hae-ra membuka saluran V-tube untuk membongkar kejahatan-kejahatan manusia.
  • Jun Man-sik sebagai tokoh konglomerat berpengaruh iaitu Kim Sang-gu.

Kdrama Hera The Goddess of Revenge menghuraikan banyak kes jenayah yang tertumpu dan saling berkait dengan sebuah syarikat insurans ternama. Kejayaan Kang Hae-ra membongkar kecurangan suaminya dan niat jahat pihak si suami telah membuatkan wanita cekal itu tekad untuk membongkar rahsia kejahatan lain melalui saluran V-tubenya.

Saluran V-tube Kang Hae-ra mendapat tontonan terbanyak dan tulisan komen-komen positif membuatkan Kang Hae-ra dan pasukannya terus bersemangat membongkar jenayah yang menindas ramai mangsa.

Tugas mematahkan kejahatan bukanlah sesuatu yang mudah apabila pasukan Kang Hae-ra bedepan dengan palbagai cabaran berbahaya. Mereka diancam bunuh,diugut dengan pelbagai cara,malahan ada juga nyawa insan tidak berdosa melayang begitu sahaja di tangan manusia-manusia bertopengkan iblis.

Setiap episod Kang Hae-ra dan rakan-rakannya berdepan dengan jenayah dan kejahatan berbeza,setiap episod pelbagai rahsia baru terbongkar. Peminat-peminat genre penyiasatan dan jenayah pasti tidak mahu melepaskan peluang untuk menonton drama bersiri Korea Selatan yang penuh misteri ini.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 12

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI