THE LORD OF THE RINGS: THE RINGS OF POWER

0
(0)

Akhirnya siri Amazon terbaru The Lord of the Rings: The Rings of Power bakal boleh ditonton tidak lama lagi. Dikhabarkan pembikinan siri ini yang mempunyai 5 musim adalah menelan belanja sekitar $1 bilion sekaligus menjadikan siri Amazon ini antara siri termahal yang pernah dibikin. 

Pihak Amazon Studio nampaknya tidak perlu pening kepala memikirkan tentang bajet penggambaran kerana bajet akan dikeluarkan oleh pengasas Amazon sendiri iaitu Jeff Bezos yang juga merupakan antara lelaki terkaya di dunia. 

 

Fakta mengenai The Lord of the Rings: The Rings of power :

 

  • Siri ini berdasarkan novel J.R.R Tolkien.
  • Siri ini berlatarkan The Second Age yang merupakan zaman fiksional dalam novel J.R.R Tolkien.
  • Bakal ditayangkan di Amazon Prime Video pada 2 September 2022. Setiap episod boleh distrim secara mingguan. 

 

Amazon telah megumumkan 15 nama yang tersenarai untuk siri ini pada 14 Januari 2020. 

 

Barisan pelakon yang tersenarai adalah : 

 

  • Robert Aramayo
  • Nazanin Boniadi
  • Joseph Mawle
  • Owain Arthur
  • Ismael Cruz Córdova
  • Sophia Nomvete
  • Tyroe Muhafidin
  • Tom Budge
  • Charlie Vickers
  • Morfydd Clark
  • Ema Horvath
  • Daniel Weyman
  • Markella Kavenagh
  • Dylan Smith
  • Megan Richards

 

Pada 3 Disember 2020, pihak Amazon Studio mengumumkan lagi 20 nama yang tersenarai : Cynthia Addai-Robinson, Maxim Baldry, Ian Blackburn, Kip Chapman, Anthony Crum, Maxine Cunliffe, Trystan Gravelle, Sir Lenny Henry, Thusitha Jayasundera, Fabian McCallum, Simon Merrells,​ Geoff Morrell, Peter Mullan, Lloyd Owen, Augustus Prew, Peter Tait, Alex Tarrant, Leon Wadham, Benjamin Walker, dan Sara Zwangobani. Pada Mac 2021,Tom Budge mengumumkan untuk menarik diri dari produksi. 

Pastinya peminat-peminat siri trilogi novel The Lord of The Rings tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siri Amazon terbaru ini.

Kredit gambar adalah dari VANITYFAIR.

 

 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI