MUOI: THE LEGEND OF A POTRAIT

4
(2)

Muoi: The Legend of A Potrait (2007)

Kisah lagenda roh dari Vietnam yang dibunuh dan diseksa, kembali untuk membalas dendam.

Dalam filem ini, Muoi difahamkan merupakan URBAN LEGEND Vietnam yang telah wujud lebih dari 100 tahun dahulu. Kisah tragisnya bermula apabila Muoi jatuh cinta dengan seorang pelukis yang merantau dari negara China ke Vietnam tanpa mengetahui yang si pelukis ini sebenarnya telah mempunyai tunang di China.

Hubungan Muoi dan pelukis itu kemudiannya diketahui oleh tunang pelukis itu. Dia apa lagi..berang angin satu badan terus upah orang untuk seksa Muoi. Kasihan Muoi!! Kaki dan jarinya dipatahkan kemudian wajahnya disimbah dengan asid!! Betapa kejamnya tunang si pelukis itu!!

Kerana patah hati, Muoi pun bunuh diri dengan menggantung dirinya. Sejak itu, masyarakat Vietnam selalu dihantui oleh roh Muoi yang dipenuhi dengan dendam dan mereka akan mengurung diri dalam rumah setiap bulan pada 15hb. (Ini tarikh Muoi bunuh diri). Roh Muoi hanya akan kembali pada tarikh tersebut.

Namun tidak berapa lama kemudian, roh Muoi telah “ditangkap” oleh para sami dan mantera-mantera dibacakan sehinggalah roh Muoi “dikunci” di sebuah potret lukisan yang ditinggalkan oleh si pelukis itu.

Jadi dalam filem ini, penonton akan difokuskan kepada 2 watak utama, Yoon Hee (Jo-An) dan Seo Yeon (Cha Ye-ryun) seperti poster di bawah ini. Apa kaitannya antara dua watak ini dengan kisah Muoi di atas itu? Haaa..ini anda perlu tonton sendiri dan ketahui kisah selanjutnya.

Filem ini cukup menarik dan agak slow sikit tapi misteri disebalik setiap kejadian dan penceritaan yang diberikan cukup membuatkan sis tertarik. Penampakan roh Muoi dalam cerita ini pun nampak realistik sangat!! Takda efek make up atau CGI pun! Memang CREEPY lah! Kesan dramatik serta atmosphere kisah Muoi ini dan kemudian kejadian-kejadian seterusnya membuatkan kita seolah-olah turut sama berada dalam kisah mereka. Yang pasti anda perlu tonton sehingga ke akhir filem mendapatkan plot twistnya.

Sis beri 7.5/10! Creepy and entertaining walaupun banyak berbual!

Tonton trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI