SUNK INTO THE WOMB (2013) – KISAH SEDIH 2 BERADIK MATI KEBULURAN

5
(3)

“Saya hanya inginkan masa untuk diri sendiri..Saya sudah terlalu penat menjaga, memberi makan, memandikan mereka”

Alangkah sedihnya hati mendengar kata-kata si Ibu, Sanae Shimomura (23 Tahun) sebegini.. Akibat sikap tidak berperikemanusiaannya itu telah menyebabkan anak-anaknya mati kebuluran begitu saja..

Kisah 2 beradik malang ini (Sakurako Hagi & Kaede Hagi) telah diadaptasi ke dalam filem SUNK INTO THE WOMB (2013) karya pengarah dari Jepun, Takaomi Ogata..

Filem ini adalah berdasarkan DARI KISAH SEBENAR yang berlaku pada sekitar tahun 2010 di OSAKA, JEPUN dimana seorang Ibu, Sanae Shimomura tergamak meninggalkan 2 anaknya (Sakurako Hagi & Kaede Hagi) tanpa jagaan selama berminggu-minggu sehingga keduanya mati kelaparan..

Lebih kejam apabila ditanya Sanae mengatakan yang beliau hanya inginkan masa untuk diri sendiri dan sudah terlalu penat untuk menjaga, memberi makan dan memandikan anak-anaknya!

SYNOPSIS :

SUNK INTO THE WOMB (2013) yang mana jalan ceritanya telah diolah sedikit tapi masih sama dengan kisah sebenar.. Ianya mengisahkan seorang Ibu tunggal yang penyayang pada mulanya berubah menjadi Ibu yang kejam kerana sibuk nak mengejar cinta lelaki..

Si Ibu telah bertindak dengan meninggalkan anak-anaknya Sachi yang berusia 4 tahun dan adiknya Sora yang berusia 1 tahun selama 5 hari tanpa makanan yang cukup, susu dan sebagainya..

Tinggallah Sachi seorang diri untuk menjaga diri dan adiknya yang masih kecil dengan tiada makanan, bergelap gelita bertemankan cahaya dari televisyen, Sachi terpaksa menjaga adiknya dengan memberi makan apa saja seperti air sejuk dan sebagainya hingga tiada apa lagi untuk diberikan kepada adiknya selepas itu..Susu yang dibancuh juga tidak mencukupi..Apalah yang kanak-kanak berusia 4 tahun mampu lakukan..

Pintu rumah dikunci, ditutup dengan pita pelekat supaya tiada siapa yang akan mendengar suara kanak-kanak malang ini..

Akibat kebuluran Sora akhirnya mati dalam dakapan Sachi dan Sachi pula masih cuba bertahan untuk hidup dengan memakan playdoh mainannya..

Mak….Mak kat mana…Mak” – kata Sachi

“Mak….Sora tidak bergerak..Kenapa Sora tidak bergerak” 

Panggil Sachi selepas melihat ibunya kembali selepas 5 hari..Sangat menyedihkan apabila kepulangan Ibunya hanya untuk melihat jika kedua dua anaknya sudah mati..Apabila melihat Sachi masih hidup, Si Ibu tergamak melemaskan Sachi dalam bilik air sehingga tidak bernyawa..

KISAH BENAR : 

Kematian Sakurako Hagi dan Kaede Hagi yang telah berminggu itu hanya disedari apabila rakan sekerja Sanae datang kerumah dan terhidu bau yang sangat busuk..Pihak polis akhirnya datang kerumah dan mendapati kedua-dua beradik malang ini telah reput dan sudah berulat..

Pekerja sosial dia sana juga telah cuba datang kerumah Sanae beberapa kali sepanjang tempoh tersebut tetapi mendapati tiada sesiapa dirumah.. Rumah Sanae berada dikawasan yang penuh dengan penduduknya tetapi tiada siapa pun yang tahu bahawa kanak-kanak malang itu dikurung..

Sanae ditangkap pada 30 July 2010, beliau didapati bersalah atas kesalahan membiarkan anaknya tanpa jagaan hingga mati dan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun..Sehingga ke hari ini 2021, Sanae masih belum dibebaskan..

Anda semua boleh saksikan filem ini secara penuh dia YOUTUBE..

Jom saksikan trailer filem tragis ini dahulu :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!