Sihir Hitam Turki “MAGI (2016)”

4.3
(6)

DIINSPIRASIKAN DARI KISAH BENAR

MAGI yang bermaksud separa jin dan separa manusia adalah filem seram Turki yang berdurasi selama 2 jam 08 minit arahan dan ditulis oleh Hasan Karacadag, pengarah yang sama kepada filem-filem seram Turki lain (Dabbe: Cin Carpmasi (2013), Semum (2008), Dabbe (2006), Dabbe: Bir Cin Vakasi (2012).

Filem yang lebih kepada elemen mistik “Supernatural” yang melibatkan perbuatan dan kepercayaan SIHIR HITAM dan kewujudan makhluk yang dipanggil sebagai MAGI ini mempunyai plot penceritaan yang agak perlahan namun mempunyai konsep yang berbeza dibandingkan dengan filem-filem lain yang pernah dihasilkan. Bagi min, pacing yang slow bukanlah alasan untuk min tidak meneruskan menonton filem ini hingga habis kerana min meminati filem-filem yang bergenre seram supernatural seperti ini, ditambah lagi ia dikatakan berdasarkan dari kejadian sebenar yang berlaku kepada dua orang beradik perempuan yang dilakon semula dalam filem ini.

Walaupun filem ini dikategorikan sebagai filem seram namun elemen-elemen seramnya tidak la ganas sangat dan cukup seimbang seiring dengan plot cerita yang disampaikan sepanjang filem ini. Persembahan ketika penampakan jin dan manusia-manusia yang dirasuk memang agak menyeramkan dan memberi saat-saat yang mencengkam. Cuma bagi min, kalau ia dapat disingkatkan kepada 1 jam 40 minit mungkin lebih baik. Yang pasti filem ini membuatkan min rasa terhibur dan membuatkan min berfikir dan berteka-teki siapakah pelaku dan dalang disebalik kejadian misteri dan mistik di dalam filem MAGI ini. Memang min tidak dapat meramalkan! TWIST yang menjadi!

Min juga cadangkan anda semua tonton filem ini ketika waktu malam dan dalam suasana yang sunyi dan gelap kerana ia akan menambahkan “atmosphere” yang lebih suram kerana “sound effect” dalam filem ini cukup mencengkam walaupun ada sebahagian kesan CGI nya agak keterlaluan, hehehe!

Okay, jom baca sedikit kisah dalam filem ini. Filem ini mengfokuskan tentang dua adik beradik perempuan yang bernama Olivia (Lucie Pohl) seorang wartawan yang bekerja di New York kembali ke Turki apabila dia menerima khabar bahawa kakaknya Marla (Brianne Davis) telah mengandung setelah bercerai dengan bekas suaminya. Tatkala Marla sedang berhadapan dengan konflik jiwa, Marla tetap ingin melahirkan bayinya itu dan ketika itulah macam-macam kejadian aneh dan menyeramkan mula berlaku sehingga meragut nyawa Marla dan bayi yang dikandungnya. Olivia mula penasaran dan menyiasat misteri kematian Marla dengan bantuan dua orang kawan Marla iaitu Suzan (Emine Meyrem) dan Emir (Kenan Ece).

Apakah yang berlaku seterusnya? Itu anda perlu tonton sendiri ya. Namun sebelum bermulanya kisah dua beradik ini, filem akan dimulakan dengan “Opening Scene” yang agak menggerunkan dengan penceritaan tentang penglibatan dan perjanjian antara Adolf Hitler dan Syaitan. Kemudian penampilan istimewa Stephen Baldwin sebagai Burga yang merupakan seorang pendeta pengusir syaitan dibantu oleh pembantunya Deyran (Dragan) yang sedang membuat upacara pengusiran manusia yang sedang dirasuk oleh Jin.

Apa yang anda perlu faham dan tahu

Kita sebagai hambaNya, sedia maklum bahawa ilmu pengetahuan tentang malaikat, Jin dan Syaitan akan membantu kita lebih memahami jalan penceritaan filem ini. Bagi yang kurang pengetahuan, min ingin kongsikan sedikit ilmu yang min belajar ketika disekolah. Perbezaan antara jin, malaikat dan syaitan. Jin tidak dapat dilihat oleh manusia, tetapi mereka hidup di dalam dunia bersama dengan manusia dan kedudukannya lebih rendah daripada malaikat. Jin juga boleh mengambil bentuk manusia dan binatang. Manakala Syaitan adalah musuh manusia, suka menimbulkan huru-hara dan segala kebinasaan terhadap manusia dan Malaikat ialah makhluk yang lebih berkuasa dan lebih berkebolehan daripada manusia. Mereka wujud di syurga ataupun di alam roh, iaitu tempat yang lebih tinggi daripada alam semesta. Semoga sedikit info ini dapat memberi manfaat.

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.3 / 5. KIRAAN BINTANG 6

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI