Seram Vietnam (Hollow 2014)

4.5
(4)

“Kerana kasih, Sang Ayah sanggup melakukan apa sahaja untuk anaknya kembali ke pangkuannya.”

Filem dimulakan dengan babak di mana terdapat seorang gadis yang sedang berlumuran dengan darah berada di atas jambatan sedang memeluk sebuah boneka dan bersedia untuk menamatkan kesengsaraannya dengan berseorangan dengan terjun ke dalam sungai. Siapakah gerangan gadis itu?

Di babak lain, kelihatan sebuah keluarga yang sangat bahagia sedang menjalankan ritual kesyukuran. Chi (lakonan Nguyen Hong An) baru sahaja kembali ke kampung halamannya untuk menghadiri upacara ritual kesyukuran yang diadakan oleh ibu dan ayah tirinya di sebuah kuil. Chi yang satu-satunya anak daripada hasil perkahwinan pertama ibunya Diep (lakonan Nguyen Ngoc Hiep) tidak mempunyai hubungan yang baik dengan ayah tirinya, Huy (lakonan Tran Bao Son). Namun Chi sangat rapat dan menyayangi adik tiri perempuannya, Ai (lakonan Thanh My).

Dalam kesibukan upacara ritual kesyukuran tersebut, tiba-tiba Ai yang sedang dijaga oleh Chi telah jatuh dalam sungai yang berdekatan ketika sedang bermain berseorangan dan ketika semua mula menyedari kejadian itu, Ai telah pun hilang dan jasadnya tidak ditemukan.Sejak kejadian itu ibu Ai sentiasa menyalahkan Chi dan sudah tentu Chi dipersalahkan kerana membiarkan Ai terlepas dari pandangannya dan hubungan anak-beranak itu semakin renggang. Manakala ayah tiri Chi juga masih tidak dapat menerima hakikat kematian anak kesayangannya itu.

Huy ayah tiri Chi telah menemui seorang bomoh yang sedia membantu untuk mencari dan mengembalikan semula Ai. Huy perlu menurut kesemua syarat-syarat dan pantang larang bagi memastikan ritual mengembalikan anaknya itu berjalan lancar.

Seminggu kemudian, bapa saudara Chi, Thuc (lakonan Jayveen Mai) yang merupakan seorang pegawai polis telah dipanggil ke hospital untuk mengenal pasti jasad seorang kanak-kanak yang telah mati dan baru sahaja dijumpai di tepi sungai. Namun apa yang mengejutkan Tuck, jasad Ai tiba-tiba bangun dan kelihatannya masih hidup! Ai pun dibawa pulang ke rumah keluarganya semula.

 

Namun sejak kepulangan Ai, macam-macam peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku kepada Chi. Dia mula dibayangi dan dihantui penampakan entiti yang menakutkan seolah-olah cuba memberi petunjuk kepada Chi yang keluarganya dalam bahaya ketika ini.

PERSOALANNYA

Apakah sebenarnya yang telah berlaku? Adakah benar jasad Ai yang kembali itu adalah Ai yang sebenar? Apakah yang cuba diberitahu dan rahsia disebalik penampakan yang Chi alami itu?

REVIEW RINGKAS

Sejak dapat tonton filem Kuman Thong dan The Housemaid, min makin jatuh hati dengan filem-filem genre seram dan thriller buatan dari Vietnam. Bagi filem ini, fokus utamanya lebih kepada “melodrama balas dendam” yang biasa kita telah tonton di kebanyakan filem seram Asia.

 

Tapi tak sangka Vietnam boleh menghasilkan karya-karya seram yang sangat baik dan setanding dengan filem-filem bergenre sama dari Thailand dan Korea yang pada asasnya memang telah dikenali. Jadi min memang sangat sarankan anda semua menonton filem ini. Anda pasti menyukainya! Min puas hati dengan persembahan dan plot serta twist di akhir filem ini.

 

KISAH SERAM VIETNAM YANG LAIN PATUT DITONTON

BERITA BAIK!

Filem ini anda boleh dapati dan tonton secara percuma di saluran YouTube yang lengkap dengan subtitle Inggeris.Sementara itu, jom kita cuci mata sebentar dengan menonton trailernya

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI