BORDERLAND (2007)

5
(2)

DIINSPIRASIKAN BERDASARKAN KISAH SEBENAR DI MEXICO!!

BORDERLAND (2007) adalah sebuah filem yang diinspirasikan dari satu kisah benar yang berlaku pada tahun 1989 di Mexico dimana seorang pelajar dari University Of Texas At Austin bernama Mark Kilroy yang sedang menghabiskan spring break dengan bercuti di Mexico diculik dan dibawa ke sebuah ladang oleh penculiknya yang dikenali sebagai ‘The Godfather‘ dimana beliau telah di SEKSA dan di LIWAT selama berjam-jam sebelum dibunuh dalam satu satanic ritual yang mengorbankan manusia..Otaknya direbus, kakinya dipotong dan ditanam bersama mangsa-mangsa yang lain..

Beliau diculik oleh Adolfo Constanzo atau dikenali sebagai ‘The Godfather‘, ketua kultus kumpulan tersebut yang memberitahu pengikutnya bahawa pengorbanan manusia (human sacrifice) akan memberikan mereka kekebalan daripada penguatkuasaan undang-undang untuk operasi penyeludupan dadah mereka..Pembunuhan Mark Kilroy itu telah menarik perhatian media di seluruh dunia menyebabkan polis antarabangsa mula memburu mereka kerana keadaan luar biasa jenayah tersebut..

SINOPSIS :

Kisah beliau dijadikan plot untuk filem BORDERLAND yang mengisahkan Ed (Brian Presley), Henry (Jake Muxworthy) dan Phil (Rider Strong), 3 orang sahabat yang baru tamat belajar dari kolej di Texas bercadang untuk road trip ke Mexico untuk berhibur, minum-minum mendapati mereka telah  terperangkap dalam satu situasi mengerikan dimana salah seorang dari mereka, Phil telah ditangkap oleh ahli kumpulan ritual tersebut yang sedang mencari mangsa terbaru untuk dijadikan korban..

Ed dan Henry berusaha untuk mencari dan menyelamatkan Phil dengan dibantu oleh bekas polis Ulises (Damian Alcazar) yang mengetahui tentang perbuatan ritual kumpulan tersebut..

Ulises dan teman sekerjanya merupakan bekas polis Mexico City yang pernah menyiasat sebuah rumah yang ditinggalkan tetapi mereka terperanjat apabila mendapati rumah tersebut dipenuhi dengan kesan-kesan manusia dan binatang yang telah dikorbankan..

Ulises dan teman sekerjanya telah diserang hendap dan dicederakan oleh pengikut ‘The Godfather’ tersebut..Ulises dipaksa untuk melihat rakan sekerjanya diseksa, badan dikerat hingga mati..Ulises kemudiannya ditembak dibahagian kaki dan dibiarkan hidup untuk memberi peringatan kepada pihak berkuasa untuk tidak mencampuri kegiatan mereka

Ketika Ed dan Henry cuba membuat laporan polis mengenai kehilangan rakan mereka Phil, Ulises terdengar perbualan tersebut dan berjumpa mereka dengan memberitahu yang beliau tahu dimana rakan mereka berada dan apa akan berlaku pada rakan tersebut menyebabkan Ed dan Henry bertekad untuk menyelamatkan Phil..

Malangnya kumpulan tersebut bertindak lebih awal dengan memburu mereka menyebabkan Henry tercedera dan dibunuh dengan kejam..

Ed meneruskan pencarian Phil bersama Ulises dan Valeria (Martha Higareda) malangnya mereka terlambat apabila Phil telah pun terkorban…

⚠️ Filem ni mempunyai banyak adegan kerat-kerat kepala, kaki tangan, kepala, lidah yang tidak ditapis langsung..Agak mual tengok selamba dia potong tangan mangsa ? So watch with your own risk okay ⚠️

Filem BORDERLAND ni tiada CGI yang mantap ke apa, low budget filem tapi rating 6.8/10..Not bad ??

Jom saksikan trailer dibawah :

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!