Odd Thomas 2013

0
(0)

Mengenai Odd, seorang yang mempunyai kelebihan melihat hantu dan makhluk. Malang untuk ibunya yang mempunyai kelebihan yang sama tidak dipercayai suami, atau ayah Odd.

Odd mempunyai seorang teman wanita bernama Stormy. Hanya dia dan seorang pegawai polis, dilakon Willem Dafoe, yang mengetahui rahsia Odd. Stormy dan Odd telah bersama sejak mereka kecil lagi, manakala Odd sering membantu Inspector Wyatt menyelesaikan kes.

Semasa Stormy melawat Odd di tempat kerjanya, restoran itu didatangi seorang yang dikelilingi sekumpulan Bodachs. Bodachs adalah makhluk yang tertarik dengan tempat yang bakal ada kematian atau pembunuhan. Gejala itu amat teruk kerana jumlah Bodachs seperti menunjukkan malapetaka besar yang akan menyebabkan beratus ratus orang mati. Tetapi Odd hanya boleh berpura pura tidak dapat melihat Bodachs, kerana bila mereka tahu Odd akan dibunuh.

Satu per satu misteri diselesaikan Odd dan akhirnya semua titik membawa Odd kepada pembunuh yang selama ini berada di depan matanya.

Kesudahan yang amat sedih sekali……kalian perlu melihat filem ini untuk merasainya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI