SPIDER-MAN ACROSS THE SPIDER-VERSE Part One (First Look)

5
(5)

Miles Morales kembali di dalam Spider-Man Across The Spider-Verse (Part One). Bagi peminat filem animasi Spider-Man Into The Spider-Verse pasti ternanti-nanti sequel kepada filem tersebut.

Di dalam teaser pandang pertama yang baru sahaja di lancarkan, kita dapat lihat Miles yang kelihatan sudah semakin meningkat remaja. Sewaktu watak itu sedang santai di bilik tidurnya tiba-tiba dia dilawati oleh rakan lama yang kita kenali Spider Gwen!

Gwen mengajak Miles untuk keluar namun dia menjawab dia sedang dihukum grounded. Gwen bertanya pula adakah Spider-Man juga dihukum?

Di hujung klip kita dapat saksikan watak utama itu bergelut dengan satu lagi Spider-Man dari universe berbeza di dalam dunia yang kelihatan sangat berbeza dengan dunia asalnya. Spider-Man tersebut dikenali dengan nama Spider-Man 2099.

Anda boleh tonton video penuh di bawah. Filem ini dijangkakan tayang pada Oktober 2022.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI