MECHAMATO MENDUNIA! Angkat Elemen Malaysia

5
(2)

Mechamato sudah mula ditayangkan di saluran Cartoon Network pada 4 Disember!

Siri animasi tersebut mengisahkan tentang seorang budak lelaki dan robot kesayangan miliknya.

Penonton dari seluruh pelusuk Asia, Australia dan juga New Zealand pasti tidak akan dapat menghiraukan elemen-elemen Malaysia yang diterapkan oleh creator dari Animonsta Studios di dalam siri tersebut.

Dari watak utama Amato yang melepasi penjual karipap sehinggalah ke kota rekaan yang dilihat sangat mirip dengan sebuah bandaraya penuh bersejarah di negara kita.

Studio animasi yang terkenal dengan Boboiboy itu mahukan sebuah cerita yang sangat dekat dengan hati mereka.

Chief Content Officer, Anas Abdul Aziz mengatakan dia dan rakan sekerjanya Nizam Abd Razak menggunakan latar masyarakat berbilang kaum sewaktu mereka dibesarkan sebagai inspirasi kepada siri tersebut.

Oleh kerana itulah Melaka dipilih sebagai asas kepada latar tempat untuk siri Mechamato. Bagi penduduk Melaka dan sesiapa sahaja yang pernah melawat negeri tersebut pasti dapat mengecam dengan mudah Kota Hilir itu sebagai Bandar Melaka.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI