5
(3)

PARI : NOT A FAIRYTALE (2018)

Genre : Horror

Language : Hindi

Starring : Anushka Sharma, Parambrata Chatterjee & many more

Korang pernah dengar ke tentang Jin Ifrit? @ Jin Ifrit boleh mempunyai anak perempuan?Agak pelik kan IFRIT ada anak perempuan?? Dalam ISLAM, jin bernama IFRIT ni selalunya dikaitkan dengan SAKA..Dalam movie ni juga ada menyentuh tentang MUSLIM..Jadi sila tonton dengan fikiran yang terbuka okay..

Plot :

PARI : NOT A FAIRYTALE  ini mengisahkan tentang seorang pemuda yang baik hati bernama Arnab (Parambrata Chatterjee) secara tidak sengaja telah terlanggar seorang wanita tua misteri yang melintas dihadapan kenderaannya pada suatu petang…Kata orang kampung wanita tua tersebut tinggal didalam hutan bersama anak perempuannya & anjing liar sebagai penjaga..Pihak polis segera menyiasat dan pergi ke hutan terbabit bersama Arnab dan menjumpai seorang wanita malang bernama Rukshana (Anushka Sharma)

Arnab terpanggil untuk membantu Rukshana dengan membawa beliau pulang ke rumahnya dan menjaganya untuk sementara waktu..Semasa di hospital, pihak polis cuba menyiasat tentang mayat wanita tua yang mati dalam pelanggaran tersebut..Alangkah terkejutnya pihak polis terbabit apabila melihat lambang di tangan wanita terbabit dan segera menghubungi Professor Ali..

Apakah lambang tersebut sebenarnya?

Lambang tersebut merupakan lambang kumpulan pemuja Jin Ifrit yang berusaha untuk kembangkan darah keturunan Ifrit dengan cara mencari mangsa perempuan untuk dijamu kepada Jin Ifrit supaya boleh bersetubuh dengan mangsa..

Malangnya wanita yang mati dalam kemalangan itu merupakan wanita sama yang melarikan diri dari Professor Ali..Wanita tersebut dan anak perempuannya itu telah lama dicari oleh Professor  ini?

Movie ni lebih kepada obsesi kumpulan yang memuja IFRIT dan usaha mereka nak mengembangkan darah keturunan IFRIT..

Movie PARI : NOT A FAIRYTALE ini boleh ditonton di Youtube selain Amazon..

Korang juga boleh tonton trailernya disini dahulu :

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Kongsi Artikel ini: