SERAM – KISAH TANAH JAWA MERAPI (2019)

5
(4)

Dari production house yang sama “Pengabdi Setan (2017)”, filem seram terlaris yang pernah ada; kini muncul dengan siri berdurasi 6 episod yang mengerikan berdasarkan legenda yang menyelubungi Gunung Merapi yang mempunyai “Penunggu”.

Siri seram ini mengisahkan Andi (lakonan Deva Mahenra) dan Babon (lakonan Joshua Suherman) dalam misi untuk mencari kawan mereka yang hilang, Rio, ketika membuat pendakian di Gunung Merapi.

Dengan berbekalkan petunjuk-petunjuk yang masih misteri dan kekurangan pengalaman ditambah dengan pelbagai kejadian seram yang mereka alami, akhirnya mereka berjumpa dengan Citra, Nadia dan Dika yang sama-sama berniat untuk mendaki Merapi. Namun ada “sesuatu” yang mengerikan sedang menanti mereka!

Ini adalah susunan episod untuk siri ini:-

Episode 1 Apakah Rio masih hidup?
Episode 2 Rio masih di Merapi, tersesat dan sendirian
Episode 3 Siapa yang bisa kita percayai?
Episode 4 Apakah mereka harus bertahan atau pergi?
Episode 5 Tujuan kita berbeda
Episode 6 Pasar Bubrah

Boleh tahan seram juga siri ini guys! Episod pertama sahaja boleh buat min terkejut dan elemen “Jumpscares” nya memang menjadi. Bukan “Jumpscares” murahan ye! Mana tidaknya, awal-awal episod sudah dimunculkan dengan macam-macam penampakan hantu seperti pengantin ala-ala pakaian Jawa, wanita menyanyi lagu Jawa yang mengerikan, budak kecil yang menyeramkan dan lembaga hitam yang tinggi!

Anda tidak akan merasa bosan tonton siri ni kerana setiap episod cuma berdurasi 30-45 minit sahaja, setakat 6 episod dalam 3-4 jam pasti anda boleh habiskan dalam masa sehari.

Plot penceritaan kisah dalam siri ini pun tidak meleret-leret. Ada banyak babak yang memberi kesan klimaks sehingga kita tak sabar hendak mengetahui apa babak seterusnya dan seterusnya. Bak kata orang Indonesia, “Waduh! Kok bikin penasaran ya!” Saranan min, jika hendak menjiwai dan mendapatkan suasana yang lebih suram dan misteri, cuba tonton siri ini waktu malam yang sunyi dan hening atau dalam bilik yang malap lampunya.

Trivia – Siri ini telah diadaptasi dari novel Kisah Tanah Jawa yang ditulis oleh Bonaventura Genta, novelnya sangat laris dan menjadi best seller di seluruh Indonesia.

**Siri ini anda boleh saksikan dalam episod penuh selama 3 jam lebih di channel YouTube**

Sambil itu jom kita layan dulu trailernya

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI