CHRIS EVANS CAMEO DALAM DON’T LOOK UP

5
(1)

Chris Evans nampaknya menggunakan persaraan dari Marvel dengan sebaiknya. Dia dilihat melakukan pelbagai bentuk cameo di dalam filem-filem yang mungkin anda sudah tonton. Sebelum ni kita melihat penampilannya dalam filem Free Guy yang dibintangi Ryan Reynolds. Terbaru, peminat merasakan dia ada muncul juga di dalam filem Netflix terbaru yang bertajuk Don’t Look Up.

Dalam filem Don’t Look Up, terdapat babak wawancara seorang pelakon Hollywood yang membintangi filem berdasarkan kisah benar bertajuk Total Devastation. Penonton kemudian diperkenalkan dengan pelakon utama filem itu yang bernama Devin Peters.

Ini mungkin mengejutkan sesetengah peminat namun pelakon Hollywood tersebut benar-benar Chris Evans! Wajah pelakon Captain America itu hampir sukar untuk dikenali namun peminat tegar pasti kenal dengan gaya percakapannya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI