4 Filem Aksi Tentang Misi Mencari Mangsa Hilang, Jenayah Jahat yang Mencengkam!

0
(0)

Filem aksi selalunya mempunyai daya tarikan tersendiri kerana mampu menampilkan babak-babak suasana tegang dan mencengkam perasaan. Penonton sering kali terpaku apabila melihat adegan-adegan aksi yang mendebarkan. Ditambah pula dengan rintangan dan risiko yang seolah-olah membawa mereka bersama ke dalam  cerita. 

 

Banyak juga filem aksi yang membawa tema yang melibatkan misi menyelamatkan individu atau mencari orang hilang. Plot misi pencarian memberikan elemen yang kuat, dimana motivasi peribadi, cinta, dan kewajipan moral memainkan peranan penting dalam menggerakkan jalan cerita. 

 

Berikut ini adalah beberapa buah filem aksi menarik tentang misi mencari orang hilang. 



  1. The Chaser (2008)

The Chaser mengisahkan tentang seorang bekas detektif yang kini menjadi bapa ayam selepas perniagaannya berjalan kurang lancar. Segala-galanya bermula apabila seorang penculik menculik beberapa orang pekerja seks  yang berada di bawah seliaannya. Eom Joong Ho (Kim Yoon Seok) berusaha untuk mencari lokasi penculik tersebut dengan kepakarannya.



  1. Taken (2008)

Taken fokus pada Bryan Mills (Liam Neeson) yang merupakan bekas anggota Green Beret dan ejen rahsia. Dia terlibat dalam masalah besar ketika anak remajanya diculik oleh sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia di Paris. Dengan tekad yang kuat, dia memulakan langkah untuk menyelamatkan Kim (Maggie Grace). Filem ini menonjolkan babak ikonik perbualan telefon antara Mills dan penculik anaknya, Mills mengancam penculik tersebut dengan kata-kata yang paling menakutkan dalam sejarah filem. 



  1. Rambo (2008)

Francais Rambo mungkin sudah kehilangan taring apabila filem ini diterbitkan. Namun, Rambo merupakan salah sebuah filem aksi yang mendebarkan. John Rambo (Sylvester Stallone) yang sudah bersara terpaksa kembali beraksi selepas mengetahui sekumpulan mubaligh diculik di Burma.

 

Rambo ini setaraf dengan First Blood dan sinematografi yang rapi memberikan nuansa indah pada kawasan yang dipenuhi konflik. Filem ini juga menghidangkan banyak cerita politik yang mengingatkan penonton tentang konflik di Burma dan kesan buruk pada masyarakat.



  1. Gone (2012)

Gone adalah tentang Jill Parrish (Amanda Seyfried) yang mengalami trauma selepas selamat dari percubaan penculikan. Ketika adiknya Molly (Emily Wickersham) menghilang, Jill yakin bahawa penjenayah sama yang menculiknya dulu bertanggung jawab. Dia memulakan pencarian dan mula menyiasat. 

 

Selain merupakan salah sebuah filem aksi yang mengetengahkan watak utama wanita yang heroik, Gone bertambah menarik kerana menampilkan watak protagonis yang mempunyai gangguan mental. Jill bukan hanya perlu menghadapi penculik tetapi dia juga perlu berdepan dengan pihak polis yang terus mengejarnya.



Filem aksi tentang misi pencarian orang hilang memang menarik untuk ditonton. Anda akan dihidangkan dengan kisah perjuangan watak utama dalam menyelamatkan orang-orang yang diculik tersebut. Anda sudah menonton? 




RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI