Delhi Crime Merungkai Jenayah Paling Kejam

0
(0)

Siri pendek Delhi Crime yang boleh ditonton di platform Netflix merupakan siri 7 episod yang dibikin berdasarkan kisah tragis dan sardis kes rogol berkumpulan yang berlaku di Delhi pada tahun 2012 (2012 Delhi gang rape and murder). 

 

Delhi Crime menonjolkan intipati cerita mengenai cara pihak jabatan polis Delhi menangani dan menangkap kesemua enam pesalah dalam tempoh 5 hari sahaja. Cabaran paling utama adalah tekanan pihak media, masyarakat, dan ahli politik. 

Para pelakon yang menjayakan siri ini ialah : 

 

  • Shefali Shah sebagai DCP Vartika
  • Rasika Dugal sebagai Neeti
  • Aakash Dahiya sebagai Devinder
  • Adil Hussain sebagai Kumar Vijay
  • Rajesh Tailang sebagai Inspector Bhupendra
  • Denzil Smith sebagai Vishal Chaturvedi

 

Delhi Crime siri mini 7 episod ini benar-benar membuat para penonton sesak nafas dan tidak mahu berganjak dari skrin tontonan. Lakonan Shefali Shah sebagai ketua unit siasatan yang tegas dan genius amat cemerlang. Tanpa menunjukkan adegan keganasan dan kekejaman yany telah berlaku terhadap mangsa, siri ini telah berjaya membawa penonton untuk turut sama merasakan kesakitan fizikal dan emosi yang dialami oleh mangsa. Beberapa babak yang menunjukkan watak ibu bapa mangsa juga turut berjaya membawa penonton untuk dibuai emosi. 

 

Keadaan di balai polis dan bilik siasatan yang seolah-olah sedang berperang dengan masa sangat-sangat menjadi. Pasukan polis yang tidak pulang ke rumah selama berhari-hari demi menangkap suspek-suspek, para anggota yang sedang bertarung dengan kepenatan dan emosi sendiri namun masih setia dan gagah berdiri untuk melunaskan tugasan diberi. Terasa kita turut terbawa-bawa dengan watak yang dibawa oleh setiap aktor. 

 

Dunia sememangnya digemparkan dengan kes jenayah rogol berkumpulan yang telah berlaku pada tahun 2012 ini. Kini semua pesalah sudah dijatuhkan hukuman setimpal dan keadilan telah ditegakkan. Tiada sesiapa yang dapat melupakan betapa penderitaan yang diterima oleh mangsa semasa dan selepas kejadian kejam itu berlaku. Kejadian ngeri yang telah meragut nyawa seorang gadia muda yang berusia 22 tahun. 

Pujian harus diberikan kepada pihak polis Delhi kerana mereka berjaya menyekat pihak media dari membocorkan identiti mangsa. Serangan seksual dan keganasan yang berlaku di dalam sebuah bas yang sedang bergerak itu meninggalkan kesan kepada seluruh dunia. Mangsa dilaporkan telah dipukul, dirogol dan diliwat secara bergilir-gilir, bahagian vagina serta anus gadis itu dirodok dengan batang besi, dan yang paling mengerikan sekali ialah ususnya ditarik keluar oleh manusia-manusia yang sudah kerasukan iblis. 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI