BERDASARKAN KISAH BENAR “NAANDHI”

5
(2)

“BERDASARKAN KISAH BENAR PEMBUNUHAN BERPROFIL TINGGI.”

“Seorang lelaki yang tidak bersalah dan menjadi kekejaman polis sehingga menghabiskan bertahun-tahun di penjara yang penuh brutal sambil menunggu perbicaraan pembunuhannya.”

NAANDHI (2021)

AMARAN: Yang “hati tisu” sila sediakan tisu siap-siap ya anda semua! Kerana anda bakal menyaksikan sebuah kisah yang bakal mencetuskan pelbagai rasa dan emosi saat menonton filem ini.

Jujur.. ketika menonton filem ini agak berat untuk sis hadam kerana kisah penderitaan yang dialami oleh watak utama filem ini cukup menjentik emosi. Tiba-tiba rasa nak bermuhasabah kerana adanya moral dan pengajaran dalam filem ini.

Film ini menceritakan tentang bagaimana para  tahanan yang ditangkap disebabkan tuduhan palsu. Bapak-bapak polisinya pula ramai yang korup!

Bermula dari isu penipuan tanah oleh bekas pejabat Kementerian Dalam Negeri, Surya Prakash (Allari Naresh) yang baru sahaja ingin mendirikan rumahtangga dan membeli rumah baru untuk mak ayahnya terpaksa menanggung penderitaan di dalam hidupnya!

Dijadikan kambing hitam untuk kesalahan yang dia tak buat. Fuhh! Memang kejam la! Sedih sangat babak ini. Dia dituduh membunuh dan melakukan kekejaman terhadap seorang Aktivis yang terkenal. Bukan setakat dituduh dan dijadikan kambing hitam, malah dia disiksa dengan kejamnya supaya mengaku bersalah untuk kesalahan yang bukan dilakukannya!

Poster di bawah ini menggambarkan Surya ketika dia diikat dan gantung sambil dipukul bertubi-tubi!

Setelah itu dia kehilangan kedua mak ayahnya serta kekasih yang bakal dikahwininya. Satu tragedi yang pasti meruntun jiwa saat kita melihat babak di mana mak ayahnya yang tidak tahan dengan nasib dan penderitaan yang ditanggung Surya, akhirnya mereka membuat keputusan untuk membunuh diri dengan membakar diri mereka!

SEDIHNYA BABAK DIMANA MAK AYAHNYA MERAYU-RAYU UNTUK PEMBEBASAN ANAK MEREKA!

Lakonan yang penuh dramatik dari Surya baik dan polis korup, Kishore itu memang realistik gila! Babak dimana Surya kena siksa dengan sadisnya sebab dia tak nak mengaku salah walaupun disiksa berkali-kali! Emosional gila tau! Begitu tabah dan cekalnya dia!

ARRGGG! BENCI, GERAM GILA DENGAN POLIS-POLIS KORUP ITU SEMUA!

Apakah yang terjadi selepas itu? Dapatkah Surya diselamatkan dan menuntut keadilan untuk dirinya? Atau dia bakal meringkuk dipenjara juga? Adakah kematian mak ayahnya adalah kerana disebabkan bunuh diri atau sebaliknya?

Silalah cari dan tonton filem ini! Kerana ini adalah salah satu filem yang WAJIB anda ada apatahlagi ia berkisar dari PERISTIWA SEBENAR yang pernah berlaku di India.

Oh ya! Babak-babak di dalam mahkamah pun mantap gila! Buat stress dan mendebarkan! Rating peribadi sis 9.5/10!

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 2

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI