KISAH MENYAYAT HATI – BULBBUL (2020)

4.8
(4)

Berlatarbelakangkan pada tahun 1881 di Bengal, India; filem yang bergenre “Horror Supernatural Mystery” ini telah membawa satu kelainan dalam industri perfileman Bollywood yang pastinya ia berada di dalam kelas dan keunikannya tersendiri. Jalan ceritanya cukup menarik serta dengan kesan sinematografi yang sangat indah ibarat menonton sebuah kisah dongeng ini membawakan kita kisah tentang isu penderaan dan perlakuan keras terhadap seorang wanita.

BULBBUL mengisahkan kegembiraan, kepayahan, kekecewaan, kesedihan, pengkhianatan, kemarahan dan dendam seorang anak gadis kecil molek yang diberi nama Bulbbul. Dari kecil lagi Bulbbul telah dinikahkan dengan seorang lelaki yang agak berumur Indranil (Rahul Bose) dari sebuah keluarga bangsawan yang masyhur dan kaya. Indranil memiliki abang kembar yang ada masalah mental bernama Mahendra yang telah pun mempunyai isteri, Binodini (Paoli Dam). Dia juga mempunyai seorang anak saudara sebaya Bulbbul iaitu Satya (Avinash). Bulbbul yang ketika itu masih terlalu mentah untuk mengenal dunia dan alam berumahtangga, tidak sedar yang dia sebenarnya telah dinikahkan kepada Indranil yang umurnya sebaya bapanya. Bulbbul ingat dia dijodohkan dengan Satya dan sejak itu Bulbbul dan Satya menjadi teman yang sangat rapat bagai tidak dapat dipisahkan lagi.

Sehinggalah Bulbbul (Tripti Dimri) dan Satya semakin meningkat dewasa menjadi seorang wanita dan isteri yang sangat cantik dan berbudi pekerti. Dengan kecantikannya dan keramahan yang dimiliki Bulbbul, telah membuahkan bibit-bibit cemburu suaminya kerana ternyata Bulbbul masih dan lebih rapat dengan Satya.

Satya kemudian dihantar untuk sambung belajar di luar negara dan ini menyebabkan Bulbbul tersangat sedih dan kecewa kerana baginya Satya adalah teman sehidup semati nya walaupun tiada siapa yang mengetahui isi hatinya. Sejak itu, kehidupan Bulbbul dipenuhi dengan penderitaan yang tidak dijangkau oleh akal fikiran manusia.

5 tahun pun berlalu, Satya pun kembali ke rumah agam keluarganya dan berjumpa dengan Bulbbul yang ketika itu kelihatan sangat bersahaja namun masih menyapa dan menyambut mesra kepulangan Satya. Satya yang ketika itu agak kebingungan kerana bapa saudaranya tidak lagi berada di sisi Bulbbul, Mahendra juga telah lama meninggal dan isterinya telah menjadi seorang sami/biarawati dan tinggal di sebuah kuil berdekatan.

Dalam masa yang sama, Satya dihebohkan oleh beberapa penduduk di kampungnya yang sejak pemergiannya, macam-macam kejadian mengerikan dan menyeramkan telah berlaku dan ramai golongan lelaki yang mati dengan misteri. Mereka juga percaya kewujudan Lagenda wanita sihir yang pergelangan kaki hingga tapak kakinya terbalik, PRETNI telah menghantui mereka. Bermula dari sini, Satya mula menyiasat misteri disebalik kewujudan PRETNI.

Apakah yang telah menyebabkan lelaki-lelaki di kampung tersebut mati satu persatu? Apakah kaitannya dengan wanita sihir Pretni itu? Dapatkah akhirnya Satya merungkai misteri tersebut dan kembali hidup bersama semula dengan Bulbbul?

Kedengaran kisahnya sangat menarik dan memcengkam emosi kan? Namun min harus mengingatkan anda semua filem ini agak “slow-burn” dan mungkin tidak semua ada kesabaran untuk menikmati kisah di sebalik cerita BULBBUL yang penuh misteri, penuh kesyahduan, menyayat hati dan penuh dengan emosi yang pasti akan membuatkan kita merasa kasihan dan simpati terhadap nasibnya.

Jom kita nikmati dulu trailernya ini

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.8 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI