4×4(2019)- Pencuri Terperangkap!

5
(7)

4X4 filem jenayah thriller dari Argentina yang betul-betul membuatkan para penonton sesak dada!

Filem lakonan Peter Lanzani ini mendapat undian 100% dari rotten tomatoes dan mendapat banyak pujian serta ulasan positif dari pengkritik-pengkritik filem.

Bagaimana rasanya terperangkap dalam sebuah kenderaan yang serba canggih? Tidak mampu dibuka dari dalam ,bekalan makanan dan minuman juga tiada.

Sinopsis mungkin mengandungi spoiler :

Seorang penjenayah ingin mencuri sistem stereo sebuah kenderaan jenis SUV.

Dia tidak mengetahui dia bakal mengalami nasib malang.

Dirinya terkunci dalam kereta tersebut.

Kereta yang dari luaran nampak biasa-biasa,rupanya luar biasa. Sistem pertahanan kereta seumpama sebuah ‘bunker’ ,apabila masuk,tidak mungkin boleh keluar lag

Pelbagai cara dilakukan untuk keluar dari kenderaan tersebut,namun gagal.

Lebih malang, lelaki itu cuba menembak cermin kereta tersebut,tapi ternyata cermin itu kalis peluru. Peluru melantun terkena pehanya pula.

Sudahlah terkunci, cedera, telefon bimbit kehabisan bateri pula.

Tiada siapa boleh melihat ke dalam kenderaan itu,dan tiada siapa boleh mendengar jeritannya walau di luar kenderaan itu ada saja manusia yang lalu lalang. Tiada bekalan makanan,tiada bekalan minuman.

Mendebarkan.
Melemaskan.
Mencemaskan.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 7

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI