Voice of Silence 2020

4.7
(3)

Sebuah filem yang menghayat hati dengan peristiwa-peristiwa yang malang berlaku pada dua orang rakan.

Bermula dengan persediaan untuk sesuatu ‘kerja’ yang nampak selamba sahaja kemudian kamera beralih dan membentangkan kerja sebenar mereka disebalik rupa paras mereka yang normal. Mereka berdua adalah ‘pembersih’ untuk sebuah geng setelah mangsa telah habis dikerjakan.

Kemudian mereka diberi arahan untuk menjaga seseorang dari ‘pengurus’. Tanpa apa-apa pengetahuan yang teliti, mereka terima tugasan tersebut dengan berat hati.

Rupa-rupanya tugas itu adalah untuk menjaga seorang budak perempuan yang telah diculik dan tugas yang sepatutnya untuk sehari dua dilanjutkan dan tidak mengetahui hala tuju. Kenapa? Kerana penculikan itu berlaku diluar pengetahuan geng, dan ‘pengurus’ itu telah habis dikerjakan.

Namun, disebalik keadaan yang tidak tentu arah, hubungan mesra antara ‘pembersih’ dan budak tersebut terjalin. Sehingga salah satu ahli ‘pembersih’ membuat keputusan untuk menghubungi penculik untuk menyerahkan balik budak perempuan itu.

Maka satu per satu malapetaka melanda si pembersih.

Luangkanlah sedikit masa untuk filem ini kerana lakonan Yoo Ah-In sebagai seorang bisu di dalam filem ini amat amat baik. Dengan plot line yang padat, anda tidak akan berasa bosan.

 

Tahukah anda bahawa berat badan Yoo Ah-In ditambah sebanyak 15kilo untuk filem ini? Dan filem ini dikategori sebagai low-budget, justeru Yoo menerima pujian dari para pengkritik dengan menerima projek ini, kerana Yoo adalah antara pelakon yang terbaik di generasi beliau. Sumber : koreanboo

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI