HAZE (2005) TERPERANGKAP DI DALAM KONKRIT SIMEN SEMPIT

4
(1)

Setelah layan filem “Meander” yang penuh Klaustrophobia, kini anda boleh cuba layan filem “HAZE (2005) dari Jepun ini pula. LEBIH DASHYAT! Dan yang pasti, ia bukanlah filem yang selesa untuk tontonan umum.

Hanya 49 minit sahaja, HAZE mampu menjanjikan anda situasi yang lebih MERBAHAYA, lebih MENCABAR, lebih MENAKUTKAN!

Bayangkan situasi ini guys…celik mata sahaja, anda dah berada di dalam konkrit simen yang SANGAT SEMPIT!

Bersendirian dalam konkrit yang gelap dan suram! Konspirasi apakah ini? Kerana anda langsung tidak mengingati mengapa anda berada di situ!! Dalam kebingungan, anda juga diselubungi ketakutan memikirkan bagaimanakah akhirnya nasib anda disitu!

Bukan itu sahaja, anda malah terpaksa merangkak dan melalui ruangan yang penuh dengan objek tajam!!? Satu lagi kegilaan!! Mengapakah semua ini berlaku??

Gila! Filem ini benar-benar menguji tahap emosi dan kewarasan. Sinematografi dan latar muziknya cukup “ON POINT” dengan situasi yang dibawakan kepada kita.

Watak protagonis Tsukamato cukup hebat dengan membawakan kepelbagaian emosi suram, kesakitan, kekecewaan dan ketakutan yang cukup nyata untuk menjadikan filem ini salah satu karya “MASTERPIECE”! 9/10⭐⭐⭐⭐

**Yang tak mampu menonton filem penuhnya, anda boleh cuba layan trailernya disini

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4 / 5. KIRAAN BINTANG 1

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI