Joker Real Life? Tak Sangka Terjadi Dalam Kehidupan Sebenar

0
(0)

JOKER CUM TRAIN TO BUSAN MADE IN KOREA

Tak sangka begitu besarnya pengaruh watak JOKER dalam kehidupan seseorang. Ini adalah kisah benar..bukan lakonan semata-mata. Bukan sequel filem Joker atau Train to Busan 2 ya.
Seorang lelaki yang bernama Kyota Hattori dari Jepun berumur 24 tahun mengenakan kostum Joker sambil menghisap rokok ” rujuk gambar dibawah” telah menimbulkan kekecohan dan ketakutan orang ramai di dalam keretapi di Stesen Keretapi Kokuryo yang sedang menuju ke pusat bandar untuk merayakan HALLOWEEN pada 31 Oct baru-baru ini.
Dilaporkan 17 penumpang ditikam hingga cedera, seorang warga tua berumur 70 tahun mengalami kecederaan serius selepas ditikam di dada dan salah satu gerabak keretapi tersebut dibakar oleh Klon Joker tersebut.
Difahamkan yang Hattori sedang stress dengan pekerjaan nya dan kawan-kawannya menyebabkan dia terasa mahu membunuh orang dan dikenakan hukuman mati. Menurut salah seorang saksi kejadian, dia berkata pisau yang digunakan untuk menikam itu kelihatan berlumuran darah seperti darah palsu dan disangkakan ia adalah PRANK HALLOWEEN!
Insiden ini juga telah menyebabkan kekecohan dan panik di kalangan penumpang yang sempat menyelamatkan diri dan bergegas melarikan diri melalui tingkap kereta api ketika keretapi berhenti di Stesen Shinjuku “ngeri seram tengok video di Twitter tu menjerit dan bertempiaran lari, terdengar juga bunyi letupan kecil akibat dari kebakaran itu”

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI