Salman Khan Kecewa Peminatnya Bawa Bunga Api Dan Mercun ke Panggung Wayang!!

5
(11)

Syarikat Produksi Salman Khan baru sahaja menayangkan filem terbarunya “Antim ” .Ternyata ramai peminatnya berpusu-pusu membanjiri panggung wayang untuk menyaksikan kehebatan Salman Khan dan adik iparnya Ayush Sharma.

Bagaimanapun, keterujaan melampau sesetengah penonton filem di India menyebabkan menonton wayang menjadi sebuah tragedi.

Salman Khan melalui laman Instagramnya telah memuat naik video para peminatnya yang menyalakan bunga api dan mercun dalam panggung wayang semasa tayangan filem “Antim”.

 

Pelakon tersohor itu ternyata kecewa dengan tindakan peminatnya yang amat berbahaya dan merugikan orang lain.

Salman Khan dalam kenyataannya menyeru para peminat untuk tidak lagi membawa bahan api tersebut ke panggung wayang dan beliau juga memohon pihak panggung wayang agar lebih tegas dan memastikan bahan terlarang itu tidak boleh dibawa masuk ke dalam panggung wayang.

Seperti yang sedia maklum, peminat-peminat filem di negara India memang amat terkenal dengan sifat terlebih keterujaan apabila menonton lakonan hero dan heroin pujaan mereka di layar perak. Kebiasaannya mereka akan bangun menari bersama-sama sewaktu babak lagu dan tarian dimainkan, bertepuk tangan bersama-sama dan sering memberi siulan tanda berpuas hati dengan persembahan cerita yang mereka tonton.

Kali ini agak luar biasa, bunga api dan mercun? Tahap keterujaan yang tidak dapat dicapai akal!

Berikut merupakan sedutan video :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 11

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI