6 HARTA PALING MEWAH MILIK AISHWARYA RAI

5
(11)

Aishwarya Rai Bachchan merupakan salah seorang pelakon wanita paling kaya di India,malah telah beberapa tahun memegang gelaran pelakon wanita terkaya Bollywod.

Pelakon ini telah memenangi gelaran Ratu Cantik Dunia pada tahun 1994 dan sejak itu tidak pernah berpaling lagi dari dunia glamour. Pelakon serba boleh ini terjun ke dunia perfileman Hindi(Bollywood) dan juga Tamil (Kollywood) dan ternyata dia berhasil menjadi salah seorang pelakon wanita paling laris dan berjaya mencipta nama.

Wanita yang kini berusia 48 tahun itu telah mengahwini Abishek Bachchan pada tahun 2007 dan berjaya mengukuhkan lagi tempatnya di Bollywood apabila melangkah masuk dalam keluarga termasyur di India iaitu keluarga Bachchan.

Jumlah kekayaan Aishwarya Rai Bachchan pada tahun 2021 adalah US$31 juta dengan pendapatan tahunan dianggarkan sebanyak US$2.4 juta.

Berikut merupakan harta-harta mewah yang dimiliki oleh salah seorang wanita tercantik di dunia ini :

1.Aishwarya Rai Bachchan memiliki sebuah villa mewah di Sanctuary Falls, Dubai. Villa ini dianggarkan berharga US$37 juta.

 

2. Sebuah apartment mewah di Mumbai bernilai US$71 juta. Apartment ini dilengkapi dengan 5 buah bilik yang cukup luas.

 

3. Sebuah kereta mewah Bentley CGT yang bernilai US$7 juta.

 

4. Mercedes Benz S500 yang bernilai US$5.6 juta

 

5. Audi 8L yang bernilai US$2.7 juta

6. Koleksi barang kemas dan sari mewah milik bekas ratu cantik ini bukan calang-calang harganya. Antaranya adalah perhiasan barang kemas dan sari yang digunakan waktu perkahwinannya dengan Abishek Bachchan. Pelakon jelita itu mengenakan sari sutera Kanjeevaram dengan barang kemas bernilai lebih US$500,000.

 

Kredit : asianet newsable 

 

 

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 11

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI