GIRL IN THE BOX (2018) – BERDASARKAN DARI KISAH SEBENAR

4.5
(8)

Genre : Crime, Psychology

Starring : Addison Timlin, Zane Holtz, Zelda Williams

‼️ MANGSA DISEKSA, DIPAKSA JADI HAMBA & DIKURUNG DALAM KOTAK KAYU DIBAWAH KATIL 23 JAM SETIAP HARI SELAMA 7 TAHUN ‼️

 

BERDASARKAN KISAH SEBENAR yang berlaku pada tahun 1977 di CALIFORNIA semasa mangsa Colleen Stan yang ketika itu berusia 22 Tahun, seorang hitchhiker berpengalaman telah diculik oleh sepasang suami isteri Cameron & Janice Hooker ketika beliau menumpang kenderaan Hooker untuk pergi ke rumah sahabatnya..

Kisah beliau ini telah diadaptasi ke sebuah filem bertajuk GIRL IN THE BOX (2018) yang mana watak Colleen Stan dipegang oleh pelakon wanita Addison Timlin..

Sinopsis :

Ianya mengisahkan tentang Colleen Stan yang ketika itu dalam perjalanan untuk kerumah sahabatnya secara rahsia telah menahan dan menumpang kenderaan Cameron Hooker dan isterinya Janice Hooker yang ketika itu secara kebetulan lalu dikawasan Colleen menunggu..

Tanpa Colleen sedari yang Cameron mempunyai niat jahat terhadapnya.. Ketika kenderaan mereka berhenti di stesen minyak untuk mengisi minyak, Cameron telah mengambil satu kotak dari bonet belakang kereta dan meletakkan kotak tersebut disebelah tempat duduk Colleen..

Selepas mereka beredar dari stesen minyak terbabit, Cameron telah mengikat Colleen dan seterusnya diletakkan dalam kotak tersebut.

Colleen dibawa kerumah mereka dan disitulah Colleen telah diseksa, dipukul, seterusnya dikurung dalam sebuah kotak kayu yang berada dibawah katil mereka selama lebih 23 jam sehingga 7 tahun..

Kehilangan Colleen disedari keluarganya dan laporan polis juga telah dibuat tetapi tiada tindakan diambil kerana mereka menyangkakan Colleen berada dimana-mana kerana Colleen seorang hitchhiker berpengalaman..

Akibat dari seksaan demi seksaan terhadap Colleen, beliau terpaksa sebatikan diri dengan kehidupan barunya yang pelik sebagai hamba, pengasuh anak Cameron & Janice sekaligus menjadi mangsa fantasi seks Cameron yang pelik dan melampau sebelum berjaya melarikan diri..

Kisah Benar :

Selepas 7 tahun, Janice Hooker dengan penuh rasa bersalah telah membebaskan Colleen dari cengkaman Cameron dan seterusnya membuat laporan polis terhadap perbuatan suaminya Cameron..

Cameron akhirnya ditangkap pihak berkuasa dan dijatuhkan hukuman atas kesalahan menculik, gangguan seksual selama 104 tahun dan dibenarkan untuk memohon parol pada 2030 nanti tetapi pihak berkuasa menetapkan yang beliau perlu diletakkan di hospital selepas itu..

Jom saksikan trailer filem Girl In The Box ini :

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI

Ratu Aura Dewi

Ratu Aura Dewi

I'm A Movie Lover, Starbucks Lover & All Lover!