Netflix bakal Ada Iklan

0
(0)

Dikatakan Netflix dan Microsoft telah bekerjasama dan mereka bakal melancarkan pelan yang lebih murah kepada pengguna. Bukan itu sahaja pengguna juga bakal melihat produk pengiklanan berbayar.

Pilihan yang dilakukan Netflix kerana kecewa dengan kehilangan pelanggan buat kali pertama dalam sedekad dan selepas bertahun-tahun menentang idea menyiarkan iklan.

” Microsoft terbukti mempunyai keupayaan untuk menyokong keperluan kami dengan membangunkan platform pengiklanan, apa yang lebih penting, Microsoft telah menawarkan flesibiliti yang boleh memberikan keuntungan dari segi teknologi dan penjualan di masa yang panjang. Pada masa yang sama, dapat melindungi hak privasi pengguna”

– Ketua pegawai operasi Netflix iaitu Greg Peters

Tambah Greg Peters lagi masih terlalu awal dan banyak perkara perlu diselesaikan dalam merealisasikan perkara itu.

Selepas bertahun-tahun mengumpul pelanggan, Netflix kehilangan 200,000 pelanggan di seluruh dunia. Hal ini menyebabkan saham mereka jatuh menjunam.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI