Parting Glances 1986

0
(0)

 

Parting Glances, sebuah filem dikatakan oleh sesetengah pengkritik filem yang ia lebih jelas menggambarkan suasana atau landscape gay di New York pada tahun 80an.

Pengarah dia adalah Bill Sherwood, dan filem ini adalah filem tunggal dia sebelum meninggal pada tahun 1990 akibat HIV.

 

Jangka masa plot filem ini hanya 24jam sahaja, tapi cukup memberi kesan dan menyampai mesej. Cerita bermula dengan Robert bersiap sedia untuk kerjanya di luar negara. Tetapi Michael perlu menyesuaikan dirinya dengan kehidupan tanpa Robert untuk lebih kurang 6bulan.

Steve Buscemi memainkan watak Nick, seorang yang mempunyai HIV. Nick adalah kekasih dulu Michael, dan Michael masih mengambil berat terhadap Nick.

Dalam majlis perpisahan Robert, Nick hadir walaupun perlu menghadapi penyakit dan menceriakan kawan-kawan yang berada di situ.

Akhir sekali Robert meluahkan tujuan sebenar dia mengambil tugasan luar negara. Robert sebenarnya memberi ruang kepada Michael untuk teman Nick di waktu akhir ajalnya.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI