EXTREME JOB (2019) – SEKARANG NI NAK JADI POLIS KE NAK JUAL AYAM GORENG??

5
(9)

EXTREME JOB filem aksi komedi yang sememangnya buat para penonton tidak kering gusi. Kelakar, macam-macam konflik, aksi menarik dan adegan cemas kejar mengejar. Cukup untuk membuat penonton berasa puas dan terhibur.

Filem ini juga merupakan antara filem dengan kutipan pecah panggung terbesar di Korea Selatan, menandingi filem seram zombie popular Train to Busan. Dalam masa 15 hari tayangan, filem ini berjaya mengutip sebanyak US$ 81.6 juta atau RM400 juta, kira-kira sebanyak 10 juta tiket terjual sepanjang 15 hari tayangan filem tersebut. Hebat bukan?

Awas spoiler! :

Filem penuh lawak dan aksi ini mengisahkan tentang sekumpulan polis skuad anti-dadah yang sering gagal dalam misi mereka. Rekod mereka pastinya yang paling buruk di jabatan narkotik. Bagi menyelamatkan imej dan reputasi pasukan tersebut, mereka mengambil satu tugasan pengintipan dan penyamaran bagi sebuah sindiket dadah antarabangsa.

Pada suatu hari tempat intipan mereka bakal ditutup, membuatkan pasukan polis tersebut runsing kerana tempat itu adalah tempat intipan paling strategik. Mereka berpakat membeli tempat itu yang merupakan sebuah restoran ayam goreng. Demi menyelesaikan tugas dengan berjaya mereka sanggup! Akhirnya demi sebuah tugas penyemaran, mereka membuka perniagaan ayam goreng. Ajaibnya resipi mereka sangat sedap, dan restoran mereka menjadi popular si serata Korea.

Kini mereka berdepan dilema kerana perniagaan ayam goreng sangat menguntungkan, tugasan mengejar penjenayah narkotik juga tidak kurang pentingnya.

Filem ini dibintangi oleh Ryu Seung-ryong, Lee Hanee, Lee Dong-hwi, Jin Seon-kyu dan Gong Myung.

Filem ini juga boleh distriming di platform viu.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 9

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI