TWILIGHT GANGSTERS (2010) – NENEK TERPAKSA ROMPAK BANK!

5
(4)

Filem komedi yang langsung tiada lawak murahan. TWILIGHT GANGSTERS sebuah filem yang segar dan bijak dari segala segi. Lawak bersahaja tanpa perlu setiap karakter membodohkan diri sendiri untuk nampak kelakar dan perkembangan setiap watak utama.yang amat selari dengan penceritaan plot.

TWILIGHT GANGSTERS terasa tidak janggal untuk ditonton walau watak-watak utamanya adalah wanita-wanita yang berusia lingkunga. 65tahun. Filem arahan Kang Hyo-jin ini dibintangi oleh pelakon lagenda Korea Selatan seperti Kim Soo-mi, Nah Moon-hi, Kim Hye-ok, Im Chang-jeong, Kim Hae-won dan Kim Kwang-gyu.

Filem ini berkisar tentang 3 orang nenek yang akhirnya merasa bebas dan bahagia walau telah kehilangan suami. Hakikat bahawa selama ini suami mereka berlaku curang dan tidak pernah memberi layanan sepatutnya kepada mereka. Sedih tetap terasa kerana kehilangan suami namum akhirnya mereka sedar bahawa kini mereka bebas sebebasnya.

Akhirnya mereka bertiga merancang untuk menlancong ke Hawaii. Mereka bekerja keras mengumpul duit selama 8 tahun untuk membeli pakej pelancongan VIP ke Hawaii. Pelbagai kerja mereka lakukan termasuk mencuri dan menjual balik barang-barang yang dicuri.

Mereka bertiga ke syarikat agensi pelancongan untuk membeli tiket dan pakej percutian, setianya di sana syarikat agensi pelancongan tersebut tidak mengambil bayaran tunai. Maka 3 orang nenek tersebut terpaksa ke sebuah bank untuk urusan deposit Wang. Semua wang simpanan mereka bakal disimpan di bank.

Malang tidak berbau apabila bank tersebut dirompak dan lebih malang apabila pihak bank memperdaya mereka dan tidak mahu memberi sebarang pampasan kepada mereka bertiga.

Sedar akan usaha mereka selama ini telah menjadi sia-sia, 3 sahabat ini tekad untuk merompak bank tersebut dan mendapatkan kembali hak mereka. Persoalannya, bagaimanakah 3 orang nenek ini bakal melaksanakan rancangan mereka?

TWILIGHT GANGSTERS amat berbaloi untuk ditonton. Filem ini bukan sahaja mengetengahkan elemen komedi semata-mata malah turut merobek jiwa penonton dengan babak-babak air mata dan melodrama. Sebuah filem yang hampir dengan realiti kehidupan, apa yang kita lakukan pasti ada akibatnya.  Filem yang tidak membosankan, setiap kali plot berkembang ada sahaja perkara baru terjadi yang mampu menangkap perhatian penonton. Jalan cerita yang langsung tidak meleret dan yang paling penting tiada lawak jenaka murahan.

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 4

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI