NO WAY HOME CANTAS SEMUA ,KUTIPAN SEBANYAK 1.37B USD

0
(0)

Di seluruh dunia, Spider-Man No Way Home telah memperoleh $1.37 bilion, jumlah yang meletakkannya di atas Black Panther dan menjadikannya filem ke-12 dengan kutipan tertinggi di dunia.

Hollywood menutup tahun 2021 dengan lebih cemerlang di box office untuk Spider-Man: No Way Home, filem menduduki carta tertinggi tiga minggu berturut-turut dan sudah pun mencatatkan antara filem yang mencatat kutipan tertinggi pernah ada. Sekuel Marvel dari Sony Pictures, No Way Home menganggarkan kutipan $52.7 juta pada hujung minggu ini menjadikan jumlah tiga minggunya kepada $609.9 juta. Itu menduduki tempat ke-10 sepanjang masa di Amerika Syarikat. Di seluruh dunia, ia memperoleh $1.37 bilion,jumlah yang meletakkannya di atas Black Panther dan menjadikannya filem ke-12 dengan kutipan tertinggi di dunia.

No Way Home, filem ketiga Tom Holland yang berdiri sendiri sebagai spiderman,memberikan peningkatan yang besar kepada pemulihan box-office yang bermula dengan jayanya pada musim bunga lalu apabila pawagam AS dan kebanyakan negara dibuka selepas setahun penutupan kerana COVID-19.

Walaupun mendapat kutipan tinggi untuk filem keluaran tahun 2021 industri perfileman dan syarikat pawagam yang semakin mengecil dan masih belum pulih sepenuhnya akibat pandemik, banyak juga pihak terutama pawagam industri masih bimbang dan risau hal demikian akan berulang masa akan datang

Penutupan tahun 2021 menyaksikan filem Marvel mendominasi tahun 2021,yang menyumbang empat filem dan telah ditayangkan diseluruh dunia 2021 antaranya : No Way Home, Shang-Chi dan Legend of the Ten Rings, Venom: Let There Be Carnage dan Black Widow.

Untuk jadual keluaran 2022 yang sangat luar biasa padat dan akan menjadi tahun yang baik kerana terdapat banyak juga filem dari syarikat gergasi seperti DC ,Marvel ,Warner bros dan lain2 juga yang akan menayangkan filemnya dan juga telah menetapkan tarikh tayangan: Senarai ialah tajuk keluaran tahun 2022 The Batman, Doctor Strange :Madness in Multiverse , Black Panther: Wakanda Forever, Top Gun: Maverick, Jurassic World: Dominion, Thor: Love and Thunder dan Avatar 2.

Baca Juga Artikel terbitan Filem Marvel dan DC tahun 2022

Tonton trailer terbaru The batman dibawah dan Jangan lupa share artikel ini jika menarik. Selamat menonton.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI