FILEM HORROR SUPERNATURAL (OCULUS 2014)

4.7
(3)

SEBUAH CERMIN BERHANTU YANG MENYIMPAN KEKUATAN JAHAT!

Salah satu filem Horror Supernatural yang cukup menarik, unik dan penuh suspen yang wajib menjadi tontonan anda!

Oculus mengisahkan tentang “Hantu Cermin” yang telah merasuk dan membunuh kedua orang tua dua beradik ini dengan kejam dan sadis sekali! Setelah 11 tahun berlalu, dua beradik yang dilakonkan oleh Karen Gilan sebagai Kaylie dan adiknya Brenton Twaites sebagai Tim kembali ke semula rumah mereka untuk menunaikan janji mereka yang mereka akan kembali untuk membunuh “Hantu Cermin” yang telah membunuh kedua orang tua mereka.

Sebelum mula menonton filem ini, min ingin mengingatkan anda semua hampir keseluruhan plot dalam filem ini akan ada flash back tragedi 11 tahun lalu dan yang terkini, namun ia tidak akan membuat anda pening kepala dan merasa keliru kerana dari awal filem kita telah perkenalkan dengan watak-watak utama tersebut bermula mereka dari kecil hinggalah dewasa. Jadi ia memudahkan kita memahami karakter dan jalan penceritaannya.

Di sebuah lelongan barangan antik lama, Kaylie telah membeli semula “CERMIN HANTU” yang dikatakan telah membunuh kedua orang tuanya 11 tahun lalu. Di babak lain, adiknya Tim baru sahaja dibebaskan setelah 11 tahun dipenjara dan selesai menjalani sesi terapi akibat gangguan jiwa dan trauma kerana dituduh membunuh ayah mereka sendiri.

Namun Kaylie percaya bahawa tragedi sadis itu terjadi disebabkan oleh gangguan makhluk ghaib dari cermin antik berhantu yang diberi nama “Lasser Glass”. Manakala Tim pula masih meragukan apa yang dipercayai oleh kakaknya.

Untuk membuktikan kebenaran itu, Kaylie mengajak Tim kembali ke rumah lama mereka dan cermin tersebut juga dibawa kembali. Setelah pelbagai kajian dan penelitian yang Kaylie lakukan sebelum itu, Kaylie mula membuat persiapan dengan memasang kamera di setiap sudut ruangan di sekitar cermin tersebut. Disinilah bermulanya kemuncak klimaks filem ini! Anda perlu benar-benar fokus untuk mula memahami bagaimana tragedi 11 tahun lalu berlaku.

Di babak itu juga, Kaylie dan Tim asyik berselisih pendapat sehinggalah Tim sendiri seolah-olah mengalami “Dejavu” yang mana peristiwa kelam tersebut mula muncul kembali dalam ingatannya. Akhirnya Tim mengalah dan terus bekerjasama dengan Kaylie untuk merungkai misteri kematian kedua ibubapa mereka. Namun makin lama mereka berada di dalam rumah itu, semakin jauh mereka terjebak dan sepertinya mereka mula berhalusinasi dan keliru samada berada di alam nyata atau sebaliknya.

Kini mereka sedar yang cermin tersebut terlalu kuat dan berkuasa! Mereka cuba untuk melarikan diri dan keluar dari rumah itu namun mereka tetap masih terperangkap di rumah itu!

Mampukah Kaylie dan Tim memusnahkan cermin itu akhirnya atau mereka terperangkap selamanya?? Pengakhiran yang benar-benar diluar jangkaan! Min bagi 8.5/10⭐⭐⭐⭐!!

BERITA BAIK! KINI ANDA BOLEH TONTON FILEM INI SECARA PERCUMA LENGKAP DENGAN SUBTITLE INDONESIA DI YOUTUBE!

Jom layan trailer nya !

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 4.7 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI