Jiran Psikopat Pembunuh Bersiri (DISTURBIA 2007)

5
(3)

“Every Killer Lives Next Door To Someone”, filem ini memberi moral kepada kita semua untuk sentiasa berjaga-jaga dengan jiran disekitar kita. Rambut sama hitam, hati siapa sangka!

Filem yang penuh aksi suspen dan mendebarkan! Anda pasti tidak senang duduk dibuatnya! WAJIB TONTON YA!

Mengisahkan Kale Brecht (lakonan Shia Labeouf) yang sikapnya mula berubah setelah kematian ayahnya. Sikap panas baran dan memberontak membawa padah kepadanya dan menyebabkan dia terpaksa menjalani tahanan rumah selama 3 bulan selepas dia telah menumbuk dan mencederakan guru di kolejnya.

Ketika dalam tahanan rumah, Kale diwajibkan memakai alat monitor yang dilengkapi dengan pengesan (GPS) di pergelangan kakinya bagi mengawasi segala pergerakannya.

3 bulan bukan waktu yang singkat dan hari-harinya dipenuhi dengan aktiviti yang sama dan lama kelamaan Kale naik bosan ditambah pula internet aksesnya disekat oleh ibunya dan kemudian dia mendapat idea gila. Dia mencapai teropong miliknya dan mula mengintai dan mengawasi jiran-jiran yang tinggal disekelilingnya. Dari sebuah idea kerana kebosanan, kini mengintai jiran telah menjadi hobi hariannya!

Dari berseorangan, kini dia mengajak kawan kolejnya Ronnie menemaninya berhibur dengan hobi barunya itu. Sehinggalah suatu hari yang sunyi, Kale dan Ronnie telah mengintai jiran baru yang baru pindah dan mereka mempunyai seorang anak gadis yang bernama Ashley (lakonan Sarah Roemer) yang cantik dan seksi sedang berenang menghadap rumah Kale. Akhirnya Kale dan Ashley bertemu di dalam bilik Kale dan mula saling jatuh cinta.

Tiba-tiba suatu hari, ketika sedang membuat pengintipan seperti biasa; sebuah kereta Ford Mustang yang bumpernya kemek telah menarik perhatian dan mula mencurigai yang jirannya itu, Robert Turner (lakonan David Morse) adalah seorang pembunuh bersiri yang dikehendaki oleh polis dan telah disiarkan di berita.

Berdasarkan ciri-ciri dan maklumat dari pengintipan yang Kale, Ashley dan Ronnie lakukan, mereka mula menyiasat kejanggalan yang ditunjukkan oleh Robert. Sampailah suatu ketika dimana mereka ternampak seorang wanita menjerit meminta tolong dan berlari keluar dari rumah Robert dalam keadaan separuh bogel dan kemudian tiba-tiba menghilang. Kale semakin penasaran dan yakin yang Robert mungkin telah membunuh wanita itu.

Bermula dari sinilah, babak-babak yang penuh suspen dan klimaks bermula! Bila Kale dan kawan-kawannya mula membuat rancangan untuk pecah masuk rumah Robert untuk mendapatkan bukti pembunuhan yang dilakukan oleh Robert. Yang pasti rancangan mereka ini bukanlah sesuatu yang mudah kerana ia bakal mengancam keselamatan nyawa ibu Kale, Ronnie dan Ashley. Dan Robert bukankah pembunuh bersiri yang mudah diatur dan diperangkap.

Let’s layan trailer nya !

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 3

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI