Fighter Filem Bollywood Bakal Pecah Panggung 2024

0
(0)

Sebuah filem Bollywood terbaru Fighter, yang dibintangi oleh Hrithik Roshan dan Deepika Padukone, telah mendapat sanutan hangat sepanjang hari pertama tayangannya. Penganalisis perdagangan Taran Adarsh melaporkan Bahawa pendapatan filem itu sebanyak telah mencatat sebanyak ₹ 24 crore iaitu USD 2.8 juta kutipan semasa tayangannya di pawagam tempatan.

Taran Adarash menyatakan lagi dalam masa yang singkat kutipan filem Fighter akan meningkat secara mendadak kerana penonton akan segera menonton filem ini ketika cuti hari minggu dan cuti publik sempena hari kemerdekaan India.

Fighter telah mendapat banyak komen positif dari penonton tempatan yang rata-ratanya terpegun dengan babak aksi yang melibatkan pesawat pejuang dan segala aksi letupan didalam satu filem.

Lakonan Hrithik Roshan, Deepika Padukone, dan Anil Kapoor telah menambah rencah yang begitu menarik perhatian penonton untuk menonton filem ini.

Bukan setakat itu sahaja, penonton juga bakal tertarik dengan pelakon-pelakon lain yang melakonkan watak masing- masing seperti Karan Singh Grover, Akshay Oberoi, Rishabh Sawhney dan Sanjeeda Sheikh.

Fighter yang diarahkan oleh pengarah terkenal Bollywood iaitu Siddharth Anand mengisahkan tentang 3 orang pegawai elit tentera udara India perlu bertungkus lumus menjaga keamanan sempadan India dari diserang musuh.

TRAILER

 

 

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI