ANIMASI ARCANE MENGALAHKAN SQUID GAME

0
(0)

Betul ke Arcane telah mengatasi filem Squid Game dan terus menjadikan rancangan animasi ini mendapat permintaan paling tinggi di perkhidmatan penstriman Netflix.

Masih ingat drama siri dari korea selatan Squid game viral baru-baru ini yang terus menjadi sensasi yang paling hebat di socmed, tidak ketinggalan menyebabkan pencipta konten youtube, facebook dan pelbagai tersendiri membuat versi permainan mereka sendiri dalam rancangan itu. Bagaimanapun, hype rancangan itu sudah pun berakhir dengan jayanya dan menjadi rancangan paling laku dan menduduki carta teratas di Netflix baru-baru ini,sumber dari netflix.

Populariti tidak selamanya mendudukkan siri itu dicarta pertama, tidak sangka animasi Arcade filem dari permainan game telah menggantikan carta terhangat di netflix

Sebelum itu jom kita baca sinopsis filem animasi tersebut adaptasi game LOL

Diketahui Arcane menjadi animasi adaptasi game MOBA populer League of Legends yang berhasil mengalahkan serial Netflix lain di beberapa negara.

Arcane mengungguli siri animasi dengan genre action sci-fi yang akan membawa kamu mengembara di dunia League of Legends.

Kejayaan Arcane datang hasil daripada kualiti animasi, cerita dan wataknya. Walaupun berdasarkan permainan League of Legends, anda tidak semestinya perlu mengetahui apa-apa tentang permainan untuk memahami animasi Arcane ini.

Siapa sangka sebab utama animasi ini menarik perhatian penonton dan peminat League of Legends kerana popularitinya yang sangat besar dari kalangan remaja hingga ke dewasa menyebabkan rancangan ini mendapat sambutan hangat.

Animasi ini menggunakan watak dan cerita daripada LoL, dan ramai pemain boleh mengambil perincian atau pembayang pada acara yang dipertontonkan. 

Walaupun animasi ini diadaptasi dari sebuah permainan game MOBA , rata-rata respon dari penonton langsung tidak akan menghadapi masalah untuk mengetahui perkara yang berlaku, kerana rancangan itu memfokuskan pada asal usul watak dan cara ia berkembang dari masa ke semasa.

Menurut netflix musim 2 akan ditayangkan cuma masih tidak diketahui bila ia akan dikeluarkan.tunggu update dari kami guys

 

SUMBER NETFLIX

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 0 / 5. KIRAAN BINTANG 0

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI