Amitabh Bachan Tak Boleh Move On – TE3N (2016)

5
(5)

TE3N (2016)
An Old Man, A Priest and A Dead Girl

Sebab aku menonton filem ni asalnya adalah nak cari movie yang akan buat aku mengantuk dan tertidur. Well, aku silap besar dan sekarang hampir 5pagi dan aku masih belum tidur lagi.

Might as well write the review then…

Satu perkara yang aku sedar dalam filem ni adalah Amitabh Bachan. Dia memang sudah sangat-sangat tua. Bila aku cakap tua, bukan tua yang masih boleh menari Shava-Shava sambil dikelilingi gadis cantik. Tua yang buatkan kita sekali pandang je kita akan kata…alahai pakcik ni larat ke nak berjalan. Watak orang tua dia inilah yang buat aku tertarik menonton.

Filem ini mengisahkan lelaki tua yang tidak dapat move on dari kes penculikan cucu perempuannya 8 tahun lalu yang mana berakhir dengan kematian cucunya itu. Bayangkan, betapa dia tak boleh move on…setiap hari dari 8 tahun lalu dia masih lagi ke balai polis untuk bertanya adakah kes itu sudah ada progress?…
penculik sudah jumpa ke? (Ye, penculik itu tak berjaya ditangkap lagi)

Tidak cukup dengan melawat balai polis setiap hari, dia tambah lagi dengan melawat gereja setiap masa..bukan untuk berdoa atau dengar ceramah tetapi bertemu dengan ex-cop yang merupakan bekas ketua siasatan kes penculikan itu. Dia mahu ex-cop itu bantu dia…siasat kes ni, selesaikan kes ni, cari penculik tu dan bawa ke muka pengadilan. (In short, he need closure)

Ex-cop lakonan Nawazudin Siddiqui (juga pelakon hebat) pula sudah mula rimas kerana kedatangan orang tua ni memang tak membantu dia untuk move on dari pelbagai rasa bersalah yang membelenggu hidup dia sepanjang 8 tahun itu.

Rasa bersalah tak dapat selesai kes, rasa bersalah tak dapat selamatkan cucu orang tua tu, rasa bersalah tak dapat tunai janji…hai banyak lagilah rasa bersalah dia (kau ingat kenapa dia quit polis dan jadi paderi).

Sehinggalah suatu hari. Kes yang sama berulang kembali…

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 5

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI