JAI BHIM CETUS KONTROVERSI DI INDIA!!

5
(8)

Nampaknya kejayaan filem JAI BHIM tidak menyenangkan semua pihak. Ternyata timbul beberapa kontroversi yang melibatkan perbalahan puak dan isu keselamatan terhadap para pelakon.

 

Beberapa isu telah timbul menyebabkan anggota polis terpaksa bertindak dan memberi pengawasan keselamatan di perkarangan kediaman pelakon utama filem itu iaitu Surya.

Kumpulan kasta Vanniyar tidak berpuas hati dengan pembikinan Jai Bhim dan menganggap filem itu menghina kumpulan kasta mereka. Isu ini timbul kerana watak sub-inspektor Gurumoorthy yang dibawa oleh Tamizh, watak itu mewakili golongan kasta Vanniyar dalam filem tersebut. Ahli politik di India mendakwa pemilihan nama watak Gurumoorthy dinampak seolah-olah menghina nama ketua parti mereka iaitu Kaduvetti Guru. Surya memberi respon bahawa filem itu tidak pernah dihasilkan untuk mengguris hati mana-mana pihak.

Bimbang akan ancaman oleh penyokong-penyokong parti berkenaan (PMK) dan kumpulan kasta Vanniyar, pihak polis telah memberi kawalan keselamatan di kediaman Surya di T.Nagar, Chennai.

 

Selain itu terdapat satu babak dalam filem Jai Bhim dimana Prakash Raj telah menampar seorang lelaki yang bercakap dalam Bahasa Hindi dan meminta dia bertutur dalam Bahasa Tamil. Babak itu dianggap telah menghina Bahasa Hindi dan sepatutnya dipotong dari filem tersebut. Bagaimanapun, terdapat pelbagai reaksi terhadap babak tersebut, ramai juga penggemar filem yang menyokong babak itu diteruskan.

Nampaknya kebebasan berkarya bukanlah sesuatu yang mudah untuk setiap penggiat seni terutamanya pembikin filem. Memang payah untuk memuaskan hati semua orang.

RATING FILEM INI

BINTANG UNTUK REVIEW INI

PURATA BINTANG 5 / 5. KIRAAN BINTANG 8

MASIH TIADA VOTE UNTUK REVIEW FILEM INI